Menteri baharu Sabah bakal angkat sumpah hari ini, Bung tak disenarai

January 11, 2023 · Politik

Kabinet negeri yang baharu dirombak akan mengangkat sumpah di Istana Negeri hari ini (11 Januari 2023) di tengah-tengah kekeliruan sama ada kerajaan perpaduan akan dibentuk, setelah Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan menolak cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber yang rapat dengan Hajiji mengesahkan bahawa upacara angkat sumpah telah dijadualkan tetapi enggan memberikan butiran, menurut laporan Malay Mail yang mendakwa melihat undangan ke majlis itu.

Jemputan bertulis daripada pihak istana kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyaksikan majlis angkat sumpah Jemaah Menteri negeri jam 10 pagi ini, dengan kehadiran dikehendaki seawal 9.10 pagi.

Surat daripada kerajaan negeri yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong menjemput beberapa ADUN, dipercayai mewakili UMNO yang enggan menarik sokongan kepada Hajiji, untuk mengangkat sumpah dalam majlis itu.

Bagaimanapun, kebanyakan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membisu, manakala ADUN UMNO Sabah dan Warisan berada dalam ‘kegelapan’.

Barisan Kabinet baharu belum diumumkan, tetapi dipercayai melibatkan sehingga dua ADUN Pakatan Harapan (PH) – Ketua PH negeri Datuk Christina Liew dan Pengerusi DAP negeri Datuk Frankie Poon – yang dijadualkan dilantik sebagai menteri.

Barisan baharu itu dijangka menggugurkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya.

Kabinet baharu itu dikatakan turut tidak menyenaraikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakubah Khan; dan Setiausaha UMNO Sabah yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin

Menggantikan Bung Moktar sepatutnya ialah ADUN Tanjung Keramat Datuk Shahelmy Yahya, sebelum ini Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, yang dijadual mengambil alih portfolio kerja raya.

ADUN Sugut, Datuk James Ratib, bekas Pembantu Menteri Kementerian Pertanian dan Perikanan, mungkin juga diberi portfolio baharu.

Anwar, dalam pertemuan dengan pemimpin Sabah malam tadi, mencadangkan kerajaan perpaduan yang melibatkan GRS, PH, UMNO, Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) untuk menstabilkan negeri itu. Cadangan itu turut disokong Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal serta Presiden KDM Datuk Peter Anthony menyokong cadangan itu untuk mencapai kestabilan.

Tetapi Hajiji tidak menyatakan kesediaan untuk berdamai dengan UMNO, berikutan penarikan sokongan oleh Bung dan sebahagian besar ADUN parti itu pada malam Jumaat lalu.

Hajiji secara teknikalnya mendapat sokongan majoriti daripada 44 ADUN, iaitu lebih separuh daripada 79 kerusi Dewan Undangan Negeri, termasuk daripada GRS, tujuh wakil rakyat PH, lima UMNO serta masing-masing seorang daripada PAS, Parti Harapan Rakyat Sabah dan seorang bebas.

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
14 minit lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
31 minit lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
7 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
34 minit lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
1 jam lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
3 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
4 jam lalu · Politik
PH, BN bergabung hadapi PRN
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok