Menjelang sidang Parlimen esok, Zahid sahkan jalani kuarantin kendiri

July 25, 2021 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan tidak akan dapat menghadiri Sidang Khas Parlimen yang akan bermula esok kerana perlu menjalani kuarantin kendiri selepas didapati positif Covid-19.

Ahli Parlimen (MP) Bagan Datuk itu berkata setakat ini berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami simptom yang tidak diingini, ia selepas media melaporkan keputusan ujian calitan pada Jumaat lalu beliau didapati positif virus tersebut.

“Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan. Syukur alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini.

“Saya tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Buat sementara waktu ini, Zahid berkata akan bekerja seperti biasa menerusi dalam talian.

“Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian.”

Semalam, Agenda Daily melaporkan salah seorang MP yang disahkan positif jangkitan Covid-19 merupakan seorang Presiden parti.

Sumber memberitahu, Presiden salah sebuah parti tersebut sebelum ini beria-ria mendesak agar sidang Parlimen dibuka dengan segera atas dakwaan kononnya kerajaan cuba berdolak-dalik.

Awal tadi, Agenda Daily mendedahkan selain tiga MP tersebut yang positif mereka turut dikesan menjadi kontak rapat kepada empat MP lain dan perlu menjalani kuarantin kendiri wajib selama 14 hari mengikut syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Daripada laporan awal yang diterima, sekurang-kurangnya tiga Ahli Parlimen dikesan positif Covid-19 dan mereka menjadi kontak rapat kepada empat lagi rakan MP,” kata sumber.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebelum ini berkata hanya empat MP yang masih belum menerima suntikan vaksinasi sementara lebih 95 peratus MP sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Daripada jumlah tersebut, baki 35 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, ia bagaimanapun empat MP tersebut tetap dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat tetapi perlu berhati-hati dengan risiko jangkitan.

Sidang Khas Parlimen itu akan diadakan selama lima hari pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos ini, ia pertama kali semenjak Proklamasi Darurat diisytiharkan pada Januari.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok