Menjelang PRN, PMX umum pasang lampu jalan dan sumbangan RM300 kepada peneroka

July 7, 2023 · Politik

Warga FELDA mendapat untung menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan besar dan insentif sumbangan tunai kepada peneroka.

Perdana Menteri (PMX) mengumumkan peruntukan untuk memasang lampu kepada peneroka FELDA yang akan mula dilaksanakan bermula bulan ini dan untuk rekod PRN bakal diadakan di enam negeri pada Ogos ini.

“Kerajaan juga setuju membelanjakan kos operasi 37,012 lampu di FELDA seluruh negara dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.7 juta setahun.

“Peruntukan akan diberikan dan projek lampu jalan berkenaan dilaksanakan bermula bulan ini,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Anwar berucap pada Majlis Sambutan Hari Peneroka FELDA 2023 peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan turut memperkenalkan insentif khas Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) sebanyak RM300 bagi warga peneroka berumur 65 tahun ke atas.

“Peruntukan keseluruhan diberikan sebanyak RM21.21 juta yang bakal memberi manfaat kepada 70,715 orang peneroka.

“Selain itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi segera menyiapkan baki 283 unit perumahan generasi baharu FELDA (PBGF).

Beliau turut memaklumkan pihak mereka telah menandatangani perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan kepada FELDA untuk menstruktur semula pinjaman melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan.

Katanya, ia dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan dan membolehkan 80 peratus hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion dimansuhkan.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan subsidi diesel bagi penjanaan tenaga kepada 43,000 penduduk di Sabah dengan peruntukan sebanyak RM36 juta.

Jelasnya, ia bagi penjanaan tenaga dan bekalan air bersih di Kompleks Umas dan pembekalan air bersih di Kompleks Sahabat, Umas dan Kalabakan.

Tambah beliau lagi, sebanyak 30 Pusat Ekonomi Digital (Pedi) akan dilaksanakan Program Digital Madani dengan kerjasama MDEC.

“Ia bagi menjadikan FELDA sebagai peneraju transformasi digital memperkasakan ekonomi gig.

“Kerajaan juga membina 12 buah pusat hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta di kesemua wilayah FELDA termasuk di premis Yayasan FELDA di Kelana Jaya.

“Pembinaan pusat dialisis ini dijangka dapat memberi manfaat dan meringankan beban hampir 2,000 pesakit di kawasan rancangan FELDA yang selama ini terpaksa menempuh perjalanan sehingga dua jam bagi mendapatkan rawatan dialisis,” ujarnya.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Muhyiddin umum benar KWSP bersasar jika PN Kerajaan Pusat
November 14, 2022
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok