Menjelang PAU UMNO, berani kah Zahid bawa naratif kerjasama dengan Anwar, DAP?

March 27, 2021 · Politik

Jika usul untuk menamatkan kerjasama dengan kerajaan Bersatu dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 27 Mac ini, Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga perlu menjawab satu lagi persoalan, berani kah beliau membawa naratif untuk menjalinkan kerjasama dengan blok pembangkang yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP?

Persoalan tersebut perlu dijawab oleh Ahmad Zahid memandangkan beberapa maklumat dalaman yang diterima mendedahkan idea untuk menjayakan kerjasama dengan blok pembangkang ini datang daripada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sendiri dan rakan baiknya, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan pendedahan surat surat ditandatangani Ahmad Zahid dan Najib yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Kemudiaan, semasa pertemuan dengan pimpinan UMNO di Janda Baik juga terlepas audio rakaman mirip suara Ahmad Zahid yang seolah cuba menyakinkan pimpinan UMNO untuk bekerjasama dengan blok pembangkang.

Sudah pasti, perhimpunan agung kali ini menarik perhatian ramai.

Jika Ahmad Zahid berani mengkritik kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka sudah semestinya pemerhati politik juga menantikan sekiranya pemimpin nombor satu parti Melayu tersebut mempunyai kejantanan sama untuk mengumumkan kesediaan bekerjasama dengan pembangkang.

Seorang pimpinan tertinggi UMNO semasa ditemui Agenda Daily memberitahu Ahmad Zahid kini berada dalam situasi “terdesak” dan “panik” ekoran kes mahkamahnya yang semakin menghimpit dirinya.

Tiada jalan lain yang dapat menyelamatkan beliau melainkan mencapai persetujuan dengan blok pembangkang sebagai timbal balik untuk mengugurkan kes-kes mahkamah dihadapinya.

Bagaimanapun, ia bukan satu langkah mudah buat Ahmad Zahid untuk menyakinkan pimpinan tertinggi parti dan juga ahli akar umbi parti kerana jika tersilap langkah silap hari bulan beliau mungkin pula disingkirkan menerusi proses pengadilan Lembaga Disiplin parti.

Nasib masih menyebelahi Ahmad Zahid kerana ketika ini tidak ada aduan disiplin atau pun tindakan tatatertib yang sedang dihadapinya, tetapi beliau belum boleh menarik nafas lega.

Agenda Daily difahamkan, beberapa individu yang berpengaruh dalam parti sudah merancang untuk melawan Ahmad Zahid dalam pemilihan parti dan mereka melihat naratif untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP akan menjadi modal terbaik sebagai kempen untuk menjatuhkan Presiden UMNO tersebut.

Perbualan di kalangan akar umbi juga sudah mula menyatakan rasa tidak puas hati dengan Ahmad Zahid dalam mengendalikan hala tuju parti, malah sudah ada rungutan yang mengatakan “Ahmad Zahid pandai mengkritik sahaja, buat kerja parti pun tidak pandai”.

Pesanan dikalangan akar umbi yang disuarakan rata-rata mahu Ahmad Zahid supaya tidak terlalu leka dan asyik dalam menghentam kerajaan Perikatan Nasional dan terlalu galak hendak memutuskan hubungan dengan Bersatu, jika keterlaluan mereka juga tidak menolak untuk menjatuhkan Ahmad Zahid dengan cara sama “menerusi pilihan raya parti” nanti.

Kumpulan akar umbi dalam UMNO ini juga mempunyai pengaruh, mereka mampu mengembleng dan mengerakkan perang saraf demi menghentikan kerakusan Ahmad Zahid yang semata-mata mahu menyelamatkan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri sendiri.

Persoalannya, adakah Ahmad Zahid mahu membawa naratif menyokong pembangkang sehingga terpaksa bersara daripada karier politiknya?

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
3 jam lalu· Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
3 jam lalu· Politik
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
17 jam lalu· Isu semasa
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
23 jam lalu· Politik
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Isu lantikan TPM, Muhyiddin serah pertimbangan PM untuk putuskan
July 16, 2022
Lagi Politik terkini
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
16 jam lalu · Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022 · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022 · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok