Menjelang kes mahkamah esok, Zahid kongsi lirik lagu ‘Biarku menjadi lilin’

September 5, 2021 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bakal bersambung perbicaraan kes rasuahnya esok berkongsi sebuah lirik lagu dalam akaun Facebooknya, ia selepas menerima kritikan teruk warganet kerana beberapa kali sudah kes mahkamahnya ditangguh.

Presiden UMNO itu berkongsi lirik bertajuk ‘Biarku Menjadi Lilin’ hasil nukilan Kumpulan Pelangi yang berkisar sebuah kisah jatuh bangun seseorang dalam kehidupannya dan sebagai rekod, perbicaraan kes mahkamahnya akan tetap diteruskan esok.

Rangkap dua terakhir agak menarik untuk dihayati mengenai maksud sebenar sajak tersebut dikongsi oleh Zahid yang berdepan puluhan pendakwaan di mahkamah.

“Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian
saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

“Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri”

Untuk rekod, Zahid dimasukkan hospital bagi merawat sakit belakangnya dan tidak dapat menghadiri perbicaraan kes mahkamahnya pada 25 Ogos lalu; beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun, Zahid selang beberapa hari kemudiaan dilihat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 27 Ogos sebaik pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Susulan itu, orang ramai mengkritik hebat Zahid yang didakwa menghina mahkamah kerana seakan-akan sengaja tidak hadir kes perbicaraannya tetapi boleh pula menghadiri aktiviti program politik.

Mahkamah Tinggi juga memanggil Pakar Perunding Sakit Intervensi, Hospital Pakar Avisena Shah Alam, Dr Mohd Shahir Anuar untuk memberi keterangan saksi berhubung rawatan sakit belakang yang sedang dijalani Zahid.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran turut mempersoalkan kehadiran Zahid ke Istana Negara pada 19 Ogos dan 21 Ogos lalu, iaitu sehari sebelum dia dimasukkan ke hospital.

Dalam soalannya kepada Dr Mohd Shahir, dia mendakwa kesakitan tertuduh tidak menghalangnya untuk hadir ke Istana Negara pada dua hari berkenaan.

Prosiding perbicaraan melibatkan Zahid berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dijadualkan pada 6 September (esok) akan diteruskan seperti biasa.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah menetapkan keputusan itu selepas doktor yang merawat Zahid menyatakan pesakitnya boleh menghadiri prosiding berkenaan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram.

Ia melibatkan puluhan juta ringgit dana milik yayasan itu ditangguh beberapa kali termasuk terbaharu tiga minggu lalu selepas pejabat seorang daripada peguamnya terdedah dengan jangkitan Covid-19.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Annuar sertai PAS, KJ dijangka bersama PN, kata Takiyuddin
May 1, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
PRN: PAS harap ramai keluar mengundi Sabtu ini
August 9, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok