Menjawab sumpah Najib dengan bukti saksi yang didedahkan di mahkamah

August 22, 2022 · Politik

Datuk Seri Najib Razak tidak memilih menggunakan jalan perundangan terbaik di mahkamah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dalam sabitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd tetapi sebaliknya memilih jalan untuk bersumpah di Masjid Kampung Baru semalam.

Walaupun peluang diberikan untuk membela diri pada minggu lalu untuk barisan peguam bela Najib berhujah bagi membela kesalahan jenayah dilakukannya, namun peluang tersebut tidak digunakan untuk peguam Najib berhujah bagi mempertahankan anak guamnya itu.

Sebaliknya, drama tarik diri dan pecat memecat peguam tercetus. Tidak ada satu hujah daripada peguam bekas Perdana Menteri itu dibuat untuk mempertahankan bos mereka itu, walhal diketahui ia adalah peluang terakhir dimiliki Najib untuk melepaskan diri daripada pertuduhan kes jenayah dihadapinya.

Najib memilih jalan untuk mengangkat sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, bagaimanapun fakta dan bukti yang dikemukakan di mahkamah sudah cukup untuk mempersoalkan kerelevanan sumpah tersebut.

Mengapa tidak pula Najib menjawab setiap perkara diucapkan dalam sumpahnya di mahkamah, malah tidak berani pula menyangkal bukti yang ditunjukkan di depan hakim.

Najib semasa sumpahnya semalam dipetik berkata:

“Aku, Mohd Najib bin Abdul Razak setelah berjuang untuk mendapat keadilan ke atas diri di dunia ini, dengan ini aku melafazkan ucapan mubahalah ku,” kata Najib di Masjid Kampung Baru, di Kuala Lumpur.

“…Aku tidak pernah pada bila-bila masa mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana RM42 juta datangnya dari syarikat SRC secara langsung atau tidak langsung.

“…Aku tidak pernah menerbitkan atau bersetuju mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkul apa-apa dana SRC bagi tujuan kegunaan peribadi ku atau tujuan kegunaan keluarga ku.

“…Aku tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan pun,” kata Najib lagi ketika melafazkan sumpahnya.

Najib berkata tidak mengetahui wang RM42 juta tersebut masuk ke dalam akaunnya, bagaimanapun ia berbeza dengan bukti yang dibentang pihak pendakwaan berhubung afidavit Najib sendiri yang mengakui wang SRC International masuk dalam akaunnya sendiri.

Adakah Najib terlupa berhubung afidavit dalam samannya terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik pada 2015? Atau Najib merasakan rakyat mudah diperbodohkan oleh pembohongan demi pembohongan?

Kemudiaan, mengapa Najib tidak menjawab pendedahan saksi bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP), Datuk Azian Mohd Noh yang memberitahu di mahkamah RM4 billion dipinjamkan atas arahan Najib dan Rm2billion ke SRC.

Peguam Najib tak pula membalas apabila bekas CEO Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) dalam kandang saksi menyatakan RM4 billion dipinjamkan atas arahan Najib kepada SRC International.

Kemudiaan, peguam Najib juga tidak menyangkal berhubung pendedahan bekas Setiausaha Perbendaharaan Negara Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah yang memberitahu Najib meminta supaya mempercepat pinjaman KWAP kepada SRC International.

Semua kenyataan sumpah tersebut sudah dijawab dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung sejak di Mahkamah Tinggi dan Rayuan, jadi apakah yang cuba Najib buktikan dengan sumpahnya di masjid semalam?

Perkara yang Najib kena jawab dan rakyat masih tertunggu-tunggu untuk mendengar jawapannya, bagaimana Najib kata tidak tahu kewujudan wang tersebut tapi boleh membelanjakan wang dalam akaun tersebut sesuka hatinya?

Agak melucukan kenyataan Najib apabila berkata tidak tahu wang tersebut masuk ke akaunnya tetapi beliau tahu pula cara untuk menggunakan dan membelanjakannya.

Hati-hati Najib, jangan kelak di makan sumpah sendiri.

Berita berkaitan
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
24 jam lalu· Isu semasa
Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther fail rayuan
September 30, 2022· Politik
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
September 29, 2022· Isu semasa
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Radzi bidas UMNO jangan rasa besar sangat, ingat rakyat sama
16 minit lalu · Politik
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
2 jam lalu · Politik
Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi
2 jam lalu · Politik
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
3 jam lalu · Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok