Mengundi dengan selamat, patuhi SOP

November 19, 2021 · Politik

Perkara pertama yang pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini perlu pastikan ialah lengkap vaksin dan membuat ujian kendiri Covid-19 jika bergejala.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dr Rusdi Abd Rahman walaupun dari segi vaksinasi, seseorang individu itu mungkin berhak untuk tidak mengambil vaksin, tetapi risiko kepada ahli keluarga lain harus diambil kira.

“Jika dilihat dari segi prosedur operasi standard (SOP) negeri di Pelan Pemulihan Negara (PPN), hanya mereka yang lengkap vaksin boleh merentas negeri, oleh kerana tiada SJR (sekatan jalan raya) mereka mungkin boleh terlepas.

“Tapi risiko ibu bapa yang mereka peluk, seboleh-bolehnya jika merancang untuk balik pastikan telah vaksin walaupun selepas pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, bagi ujian kendiri, individu boleh membeli kit ujian yang diluluskan di pasaran, dan jika didapati positif mereka perlu membatalkan rancangan untuk pulang dan mengikuti langkah yang digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk kuarantin di rumah.

Harus diingat bahawa individu yang telah lengkap divaksin juga masih boleh dijangkiti Covid-19,  apatah lagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun yang tidak menerima vaksin atau individu termasuk warga emas serta individu dengan komorbid.

Mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 dengan melakukan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan kerap membasuh tangan perlu terus dijadikan amalan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kerajaan kena ambil tindakan tegas memandangkan SOP telah pun diadakan bagi PRN Melaka. Jika pematuhan SOP itu diabaikan, ambil tindakan tutup premis dan sebagainya.

“ Selain itu, media juga memainkan peranan penting dalam mengingatkan semua pihak agar mematuhi SOP.

“Bayangkan kalau 10 peratus (pengundi) di Melaka tidak divaksin, berapa ramai dia boleh menjangkiti individu serta  jentera parti yang datang ke Melaka ini, dan mereka juga berisiko untuk menyebarkannya selepas pulang ke negeri masing-masing. Kena ingat, PRN ini semua tertumpu di sini,” katanya.

Beliau percaya soal denda bukanlah isu besar buat parti politik, namun kesihatan awam perlulah diberikan keutamaan dalam gerak kerja kempen, agar Melaka tidak mencetuskan kluster Covid-19 baharu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
UMNO tetap kena terima ‘Jeneral Anwar’
June 10, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok