Mendapat sokongan Anwar, Zahid fikir dirinya kebal dan tidak mahu letak jawatan

November 23, 2022 · Politik

Walaupun Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), namun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih enggan melepaskan jawatan Pengerusinya.

Malah, Presiden UMNO itu merasakan dirinya kebal dan tidak akan tunduk dengan desakan meletak jawatan yang disuarakan akar umbi kerana mendapat sokongan daripada cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tembelang Zahid dan Anwar kini sudah terpecah selepas kedua-dua mereka kini saling berpakat antara satu sama lain untuk membentuk kerajaan baharu.

Zahid juga secara terang-terangan sedang mengatur langkah untuk mengheret semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong cikgunya, Anwar mencapai cita-cita untuk menjadi PM selepas gagal sebelum ini berkali-kali.

Sumber memberitahu Agenda Daily, semasa mesyuarat semalam Zahid mencabar pihak yang menentangnya supaya jangan berani mencabarnya untuk meletak jawatan.

Hari ini, Zahid dalam satu kenyataan menafikan akan meletak jawatan seperti didakwa, ia susulan terdapat spekulasi mengatakan beliau akan berundur pada masa terdekat.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh beliau sendiri menerusi satu hantaran di Facebook.

Ujarnya, orang ramai diminta untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan kenyataan palsu berkenaan.

“Surat yang disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sebelum ini, tular spekulasi mengatakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan Zahid sebagai pengerusi gabungan BN berkenaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
24 jam lalu· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
31 minit lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok