Memang UMNO, DAP mesra tapi mereka musuh: Penganalisis

May 7, 2021 · Politik

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi berkata beliau melihat wujud kemesraan antara UMNO dan DAP.

Pensyarah Kanan Ekonomi Politik Islam, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM itu bagaimanapun percaya ‘kemesraan’ itu tidak menggambar bahawa UMNO bersetuju dengan DAP.

“Saya dengar statement hanya daripada DAP bukan daripada UMNO. UMNO tidak menjelaskan sebarang persetujuan atau keterbukaan kepada DAP.

“Tapi daripada apa yang kita lihat adalah bibit-bibit kemesraan itu tapi taklah menggambarkan bahawa mereka bersetuju untuk bersama dengan DAP,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berhubung kerjasama politik sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali gus menggambarkan parti itu semakin terdesak untuk meraih sokongan orang Melayu.

DAP adalah parti yang bergabung dengan PKR dan AMANAH dalam Pakatan Harapan (PH).

Dr Mohd Syakir melihat DAP hanya mementing parti mereka sahaja, sehingga sanggup pula memancing UMNO dalam perjuangan menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Mereka nak jadi Perdana Menteri, mereka hendak menguasai kerajaan dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.

“Jadi untuk memberi keyakinan kepada orang-orang Melayu, tidak dapat tidak, mereka perlu untuk mengorbankan prinsip yang dulunya mereka berkata tidak boleh bersama dengan UMNO,” katanya.

Beliau juga berpendapat bukan sesuatu yang pelik jika DAP adalah parti yang tidak berpegang kepada prinsip asas perjuangan sendiri.

Katanya, parti yang didominasi kaum Cina itu akan melakukan apa sahaja demi untuk mentadbir kembali Putrajaya termasuk mengorbankan prinsip dasar parti mereka.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok