Melayu, Islam terjejas jika PH ubah sempadan pilihan raya: Muhyiddin

March 12, 2023 · Politik

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) mungkin akan mengubah persempadanan kawasan pilihan raya demi mengekalkan kuasa politik kepada gabungan itu untuk selama-lamanya.

Pada masa sama, bekas Perdana Menteri itu berkata, UMNO akan menjadi parti yang sekadar mengikut kehendak PH sahaja demi menjaga kelangsungan kelompok kecil mereka.

Disebabkan itu, katanya, kebimbangan Bersatu adalah masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

“Itulah sebabnya Bersatu memutuskan untuk keluar dari PH. Itulah juga sebab PAS membuat keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat.

“Perjuangan mereka berbeza dengan perjuangan kita. Tetapi malangnya UMNO, hanya kerana kepentingan seorang individu, rela menggadai perjuangan parti untuk Melayu,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Kelima Bersatu, hari ini (Ahad, 12 Mac 2023).

Dalam perkembangan itu, Muhyiddin turut menyifatkan, perjuangan asal UMNO untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera sudah berubah kepada menjaga kepentingan individu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, UMNO kini tidak lagi boleh menjadi parti yang diharapkan untuk menggalas amanah bangsa, agama dan negara kerana parti itu kini minoriti dalam gabungan parti yang didominasi Pakatan Harapan.

“Apa lagi boleh diharapkan daripada UMNO? Demokrasi sudah mati dalam parti itu dan perlembagaan parti juga dilanggar semata-mata untuk menjaga kepentingan seorang individu.

“Tujuan parti ini berubah daripada menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera kepada menjaga kepentingan individu.

“Individu ini juga dilindungi oleh pucuk pimpinan kerajaan PH. Demi kepentingan untuk mempertahankan kuasa PH, individu ini mesti dipastikan terus menguasai UMNO.

“Dengan penguasaan itu maka PH akan terus berkuasa,” katanya lagi.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, bahawa kejatuhan UMNO bukan menjadi permasalahan Bersatu, sebaliknya adalah masa depan orang Melayu dan umat Islam.

“Semakin lama mereka dibiarkan berkuasa, semakin banyak kerosakan yang akan dibuat yang mungkin sukar untuk diperbaiki lagi,” katanya.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
16 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
24 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
21 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok