MCA tandus sokongan Cina, DAP lebih relevan: Idris Haron

May 7, 2021 · Politik

MCA bukan lagi parti pilihan masyarakat kaum Cina malah sudah terbukti semasa pilihan raya umum (PRU) lalu mereka ditolak secara total dan perkara tersebut perlu diakui parti rakan komponen Barisan Nasional (BN) itu, kata Datuk Seri Idris Haron.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu menyifatkan kenyataan Ketua Pemudanya, Datuk Nicole Wong Siaw Ting yang menyerang UMNO kerana menyokong kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu dipolemikkan dan MCA perlu berpijak atas bumi yang nyata.

“Secara faktanya, kenyataan saya itu sememangnya pahit tetapi ia mesti ditelan oleh beliau (Nicole) dan saya bersedia menjadi tidak popular kerananya. MCA terbukti ketandusan sokongan masyarakat Cina sejak PRU-12,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Jelas Idris yang juga ADUN Sungai Udang itu lagi, MCA sekarang bukan lagi parti dominan dikalangan masyarakat kaum Cina jika dibandingkan sokongan yang dimiliki DAP dan ia menunjukkan parti tersebut tidak lagi relevan.

“DAP kelihatan jelas mengambil peranan MCA. Lebih buruk daripada itu, calon-calon MCA juga ditolak di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang sebelum ini sebagai kawasan harapan mereka.

“Nicole perlu lebih bimbang dengan defisit sokongan orang Cina terhadap MCA daripada sibuk memikirkan kawasan majoriti Melayu mana perlu dituntut daripada UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata mana-mana parti termasuk UMNO yang hendak bergabung dengan PH sama ada sebelum atau selepas PRU15 mesti menerima Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

Khabar angin semakin kuat kedengaran wujud rancangan untuk menjayakan kerjasama antara UMNO dengan blok pembangkang, PH untuk menghadapi pilihan raya nanti.

Malah, klip audio tular Anwar bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga membuktikan wujud pakatan sulit antara kedua-dua individu untuk memastikan gerakan rahsia tersebut berjaya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok