MCA, MIC sokong kepemimpinan Muhyiddin

July 31, 2021 · Politik

MCA dan MIC menyatakan sokongan mereka terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memimpin dan mengalas tanggungjawab yang diamanahkan.

Kenyataan bersama Ketua-ketua penerangan parti gabungan PN, kecuali UMNO, turut berikrar terus memberi sokongan kepada Muhyiddin dan pemimpin parti untuk mentadbir negara.

Mereka turut berterima kasih kepada Ahli-Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin serta Kabinet kerajaan PN untuk terus memimpin negara mendepani cabaran Covid-19.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Bersatu, PAS, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Gerakan, MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak, dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Mereka berkata usaha melawan pandemik Covid-19 harus kembali diberi tumpuan bagi memastikan kesihatan rakyat terjamin, selain membina semula ekonomi negara melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional.

Perkara itu merupakan keutamaan sebenar negara pada waktu ini, demi kebaikan rakyat keseluruhannya.

“Kami menyeru seluruh lapisan masyarakat meneliti siri penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan mengenai situasi terkini kerana terlalu banyak pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan peribadi dan untuk menyelamatkan diri.

“Ini termasuklah dengan sengaja mencipta berita-berita palsu dan mengeksploitasi situasi semasa melalui media sosial. Justeru rakyat mesti peka dengan gerak kerja tidak bertanggungjawab ini, dan sentiasa merujuk kepada sumber yang sahih untuk mengetahui situasi sebenar,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi sebagai jentera penerangan parti-parti dalam kerajaan, mereka berikrar untuk terus membantu Perdana Menteri dan pucuk pimpinan parti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, terutama dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat.

Sementara itu Bernama melaporkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyuarakan pendapat sama dan menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Muhyiddin dalam menerajui pentadbiran negara.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Tenggara Jawahir Husein berkata dalam keadaaan pandemik COVID-19 semasa, tumpuan haruslah diberikan terhadap usaha menangani penularan jangkitan itu, selain meminta semua pihak mengetepikan kepentingan politik dan mengekalkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Masyarakat Insane Kaseh Johor Zuraini Tahir pula berkata pihaknya melahirkan kekecewaan dengan permainan politik yang mementingkan kedudukan daripada menjamin keselamatan dan ekonomi rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Pandangan sama turut diutarakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Parit Sulong Sarmila Amir menyeru semua pihak bersatu padu bagi menjamin keharmonian negara dalam menghadapi COVID-19.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok