MCA, MIC kekal sokong Muhyiddin, bidas Zahid tiada hala tuju

July 8, 2021 · Politik

Pendirian Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dikeluarkan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengundang rasa tidak puas hati rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membidas tidak ada hala tuju.

MCA dan MIC menyifatkan tindakan Zahid tersebut sebagai tidak wajar dan sama sekali tidak bersetuju dengan gesaan supaya menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita tengok apakah tindakan UMNO terhadap Ahli Parlimen yang tidak bersetuju terhadap keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” kata Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dipetik portal.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata mereka akan kekal setia bersama PN sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan tidak mengikut langkah UMNO yang mahu menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

“Sehingga BN membuat keputusan rasmi yang baharu, MCA pada masa ini masih menyokong PN sehingga PRU akan datang, seperti mana keputusan yang dibuat oleh BN sebelum ini,” katanya dipetik dalam laporan sebuah portal.

Malam tadi, Zahid sekali lagi mengumumkan keputusan yang seakan sama semasa ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 tetapi kali ini dengan lebih keras menuntut supaya Muhyiddin berundur secara terhormat dan memutuskan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Zahid juga menuntut supaya PM baharu dilantik bagi menggantikan Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan individu yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Bagaimanapun, Zahid berkata hanya PM sahaja berundur dan Menteri Kabinet sedia ada akan kekal.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok