MCA, MIC hilang kepercayaan terhadap Zahid, gesa letak jawatan

November 20, 2022 · Politik

Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA hari ini (20 November 2022) mengingatkan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi BN.

Pada masa sama, pemimpin MCA dan MIC turut mendesak Zahid meletak jawatan sebagai Pengerusi BN susulan prestasi teruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), semalam.

Mereka juga terkejut dan kecewa apabila Zahid menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan malam ini, ketika keadaan politik negara kucar-kacir.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dalam kenyataan hari ini mendesak Zahid meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN secara terhormat setelah parti itu hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.

“Pada masa keadaan politik negara masih tidak stabil dan tidak menentu selepas PRU15, keperluan Mesyuarat Dewan Tertinggi adalah amat terdesak untuk membincangkan situasi politik terkini dan membuat keputusan BN sebagai satu blok.

“MCA mengambil pendirian tegas bahawa tiada mana-mana pihak berhak mewakili BN untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi BN,” katanya.

Beliau berkata seorang pemimpin baharu yang menjawat jawatan pemangku Pengerusi BN perlu memanggil Mesyuarat Dewan Tertinggi dengan segera.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC K Raven Kumar berkata sudah tiba masanya Zahid berundur daripada memimpin BN.

“Berundurlah dengan hormat demi kelangsungan parti. Tindakan ini akan memberi peluang BN pulih dan kembali relevan untuk rakyat Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa anak muda masih melihat BN berada dalam cengkaman kluster mahkamah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
31 minit lalu· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Dua jawatan TPM, satu kepada BN dan GPS: Anwar
November 24, 2022· Politik
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
1 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok