MCA kecam timbalan menteri DAP gagal jawab soalan di Parlimen

March 27, 2023 · Politik

Pemuda MCA menggesa ahli Parlimen memfailkan usul di Dewan Rakyat untuk memotong RM10 daripada gaji Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying kerana didakwa gagal menyediakan jawapan bagi sesi soal jawab lisan hari ini (27 Mac 2023).

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa Wai Hou berkata pemotongan gaji itu akan menjadi hukuman simbolik kepada ahli Parlimen DAP berkenaan, yang dituduhnya sebagai tidak profesional.

Daniel Wa mendakwa pada masa lalu, DAP juga pernah mengusulkan potongan gaji menteri Kabinet.

Untuk rekod Hui Ying adalah anak kepada veteran DAP, Lim Kit Siang dan saudara kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, manakala MCA pula adalah anggota komponen Barisan Nasional (BN) yang bersama Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Kerajaan Pusat.

“Dengan cara yang sama, pemotongan gaji RM10 simbolik ini harus dikenakan ke atas Hui Ying,” kata Saniel Wa dalam satu kenyataan hari ini menurut Mkini.

Beliau menegaskan menjawab soalan ahli Parlimen di Dewan Rakyat menjadi tugas asasi menteri dan timbalan menteri.

Katanya, isu dan soalan berkaitan telah disediakan dan diedarkan kepada kementerian dan jabatan kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu untuk mendapatkan jawapan, yang disediakan oleh pegawai daripada kementerian dan jabatan kerajaan berkaitan.

“Oleh itu, tidak dapat dibayangkan malah bersamaan dengan kecuaian untuk mendakwa jabatan kerajaan tidak menyediakan jawapan.

“Ini juga menunjukkan bahawa timbalan menteri (Hui Ying) tidak biasa dengan operasi dan hal ehwal pelbagai jabatan kerajaan.

“Rakyat akan berasa tidak munasabah untuk menerima kesilapan ini. Jika menteri dan timbalan menteri tidak mengambil serius tugas asasi mereka, bagaimana rakyat boleh yakin dengan kerajaan ini untuk menguruskan negara kita dengan baik,” soalnya.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon juga tidak melepaskan peluang untuk mengecam Hui Ying yang juga ahli Parlimen Tanjong.

Memetik laporan Mkini, Mah menyindir Hui Ying, dan menyamakan prestasi Parlimennya dengan “seorang pelajar yang datang ke sekolah untuk peperiksaan lisan dan mengakui mereka tidak membuat kerja rumah”.

Mah menambah: “Mungkin Lim berjaga sampai lewat pada malam sebelumnya dan bergegas ke sini (ke parlimen) dari jamuan di Pulau Pinang, jadi harap maafkan dia.”

Terdahulu, Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Nor menegur Hui Ying atas kegagalannya menyediakan jawapan kepada Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Perikatan Nasional-Pengkalan Chepa) yang meminta penjelasan menteri pendidikan mengenai Program Makanan Tambahan di sekolah.

Marzuk ingin tahu berapa banyak yang diperuntukkan kerajaan untuk program itu, dan mekanisme yang digunakan untuk memantau kualiti makanan yang dihidangkan di bawah program itu.

Bagaimanapun, Hui Ying terdiam untuk beberapa ketika sebelum Ramli bertanya sama ada timbalan menteri berkenaan bersedia dengan jawaban sepatutnya atau tidak.

Kenyataan Lim itu menimbulkan kemarahan ahli Parlimen pembangkang, termasuk Ronald Kiandee (PN-Beluran), yang berkata kesilapan seperti itu tidak sepatutnya berlaku di Dewan Rakyat.

Ramli yang sependapat dengan Ronald kemudian berkata, kejadian seperti itu tidak wajar berlaku.

Pegawai tugas-tugas khas Lim, Lim Swee Kuan, kemudian memohon maaf atas kesilapan itu, yang menurutnya berlaku di luar kebiasaan.

Berita berkaitan
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
20 jam lalu· Isu semasa
Selepas pengesahan tiada dana judi, PN pertimbang saman individu buat tuduhan
May 26, 2023· Politik
Subsidi bersasar elektrik bagi T20 diumum selepas siap Pengkalan Data Utama
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
16 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok