MCA kata UMNO mula kritik parti rakan setelah berkawan dengan PH

January 25, 2023 · Politik

MCA – parti komponen Barisan Nasional (BN) – hari ini membidas sikap ‘berkawan’ UMNOyang telah menemukan rakan baharu politik dan kemudian mempersoalkan parti komponen yang telah bersama-sama jatuh dan bangun.

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata ketika UMNO sibuk mengadakan hubungan dan menjalin pakatan baharu politik, MCA memutuskan untuk tidak campur tangan.

“Mereka (UMNO) sibuk membuat hubungan dan menjalin pakatan politik baharu. Kami (MCA) melihat perkembangan politik, tetapi memutuskan untuk tidak campur tangan dan menghentikannya.

“UMNO menemui rakan baharu (dalam PH, sedangkan sudah lama bertelagah). Kesetiaan parti ahli BN tiba-tiba dipersoalkan. (Sedangkan) kami tidak pernah mengkhianati gabungan itu,” katanya menurut FMT yang memetik temu bual Ka Siong dengan Sin Chew Daily.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan UMNO supaya tidak mempertikaikan kesetiaan MCA terhadap BN, walaupun dua Ahli Parlimen mereka menyokong Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Portal berita itu memetik Ka Siong sebagai berkata ketika MCA mengkritik UMNO dan presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebelum kerajaan perpaduan ditubuhkan, beliau menafikan parti itu mengkhianati BN.

Sebaliknya, beliau berkata, UMNO meninggalkan prinsip utama BN iaitu berunding dan konsensus apabila memutuskan sama ada menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) selepas PRU-15 berakhir yang menyaksikan Parlimen tergantung.

Menurutnya UMNO harus berpegang teguh kepada semangat BN mengadakan perundingan dalam kalangan parti komponen, sembil menyifatkannya sebagai “semangat asal” BN.

“Tiada satu parti yang mempunyai semua hak untuk bersuara hanya kerana ia mempunyai lebih banyak undi atau lebih banyak kerusi daripada parti ahli lain. Kita (parti BN) semuanya sama rata,” katanya.

FMT melaporkan Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini mendedahkan Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, serta Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng, adalah antara 10 Ahli Parlimen BN yang menandatangani akuan berkanun menyokong Muhyiddin selepas PRU-15.

Beliau berkata, pendedahan identiti 10 Ahli Parlimen itu bukan tindakan balas dendam, tetapi mahu menjelaskan peristiwa yang menyebabkan UMNO dan BN menyertai kerajaan perpaduan.

Katanya, beliau difahamkan 10 yang menandatangani SD, kemudian menarik balik kerana keadaan tidak menentu berikutan keputusan pilihan raya belum dimuktamadkan.

Pada PRU-15 lalu, PH menang 82 kerusi , diikuti PN (74 kerusi), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam) dan Warisan (tiga).

Zahid kemudian membawa UMNO menyertai PH bagi membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum diikuti gabungan parti dari Sarawak dan Sabah.

Berita berkaitan
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
6 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu· Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
11 jam lalu· Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
11 jam lalu· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
4 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
11 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
16 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
16 jam lalu · Politik
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok