MCA juga sahkan Zahid cuba tipu Agong

November 23, 2022 · Politik

Selepas MIC, kini MCA pula mengesahkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba menipu Yang di-Pertuan Agong berhubung sokongan diberikan parti itu kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Surat yang diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu secara jelas melanggar ketetapan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi BN dan dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” kata Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woo dalam kenyataan hari ini (23 November 2022).

Beliau berkata surat yang ditandatangani Zahid yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, yang mendakwa 30 ahli Parlimen (MP) parti itu menyokong Anwar, bukan keputusan konsensus BN.

Beliau menegaskan bahawa isi kandungan surat bertarikh 22 November 2022 dengan menggunakan kepala surat BN yang ditandatangani Zahid mengenai BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri (PM) bukan keputusan konsensus Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 22 November.

“Sebaliknya Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini,” katanya dalam kenyataan menyusul langkah sama dibuat MIC.

Terdahulu, Presiden MIC, Datuk Seri SA Vigneswaran mengesahkan surat yang dikongsi bekas Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa, yang didakwanya menipu Yang di-Pertuan Agong, adalah tulen

Annuar berkongsi dalam akaun Facebooknya surat dihantar Zahid kepada Agong mengatakan semua MP gabungan itu menyokong Anwar sebagai PM, walhal tiada keputusan sedemikian diputuskan.

Annuar mempersoalkan tindakan Zahid yang dianggap membelakangi keputusan Dewan Tertinggi BN untuk tidak membuat pendirian berhubung gabungan mana yang akan disokong mereka.

Mengulas lanjut, Chong menceritakan:

“Apa yang berlaku dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi, MCA dan parti-parti komponen BN telah mempersoalkan tindakan Zahid Hamidi yang dilihat secara jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.

“Pada mulanya beliau cuba menafikan mengenai surat tersebut, namun mengakuinya selepas salah seorang anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih.

“Surat yang diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu secara jelas melanggar ketetapan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi BN dan dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Seri PAduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Justeru, MCA percaya Zahid tidak lagi layak memimpin BN sebagai Pengerusi dan sekali lagi menggesa beliau meletak jawatan secara terhormat seterusnya digantikan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan, seperti disaran dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, malam tadi,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok