MCA Batu tutup bilik gerakan, boikot kempen PRU

November 4, 2022 · Politik

Setelah insiden penutupan beberapa bilik gerakan UMNO sebelum ini gara-gara tidak puas hati dengan pemilihan calon, kali ini MCA pula melakukan perkara sama dek marah kepada gabungan mereka, Barisan Nasional (BN), lapor Malaysiakini.

Difahamkan kemarahan bahagian itu berkait dengan pembahagian kerusi bagi Parlimen Batu.

Kejadian itu dirakam dalam video berdurasi 13 saat yang tular di media sosial dengan kapsyen, “Lagi pemberontakan dalaman BN! MCA boikot calon MIC Parlimen Batu”.

Melalui klip video itu, kelihatan sekumpulan lelaki menjerit sambil merentap sepanduk berwarna biru yang digantung.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan calon Parlimen Batu, Datuk Kohilan Pillay daripada MIC namun sehari kemudian Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengesahkan kerusi itu akan ditandingi calon MCA bukan MIC.

Katanya, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dengan Zahid sebagai pertukaran kerana kerusi Parlimen Padang Serai telah pun diberikan kepada MIC.

MCA kemudian mengumumkan Yew Teong Look sebagai calon mereka di Parlimen itu namun Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menegaskan calon MIC tetap bertanding di Parlimen Batu.

BN akhirnya mengesahkan Kohilan akan kekal sebagai calon gabungan itu untuk Parlimen  Batu.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Yew dan Ketua Bahagian MCA Batu, Lim Beng Hean mengetuai kira-kira 20 orang menurunkan kain rentang dan menutup pusat operasi itu hari ini.

Yew enggan mendedahkan butiran lanjut namun katanya tindakan mereka hari ini adalah kerana MCA Bahagian Batu sangat marah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok