MCA akui tiada kerusi berunding kerusi hadapi PRN

March 4, 2023 · Politik

MCA sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk parti itu menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata antara pilihan itu berkempen untuk rakan-rakan parti komponen MCA di bawah Barisan Nasional (BN) tetapi tidak bertanding dalam PRN, menurut laporan Bernama.

“Dari 2008 sehingga kini, kami mengalami lebih banyak kekalahan daripada kemenangan di enam negeri ini. Dalam keadaan ini, MCA langsung tidak mempunyai kuasa rundingan dan akan menghadapi proses rundingan yang sangat sukar,” katanya ketika berucap melancarkan sambutan ulang tahun ke-74 parti itu di sini hari ini.

Turut hadir bekas Presiden MCA Tan Sri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden Datuk Dr Mah Hang Soon serta kepimpinan tertinggi parti termasuk kedua-dua sayap Wanita dan Pemuda.

Beliau berkata pilihan lain bertanding di kerusi tradisi di enam negeri itu atau berusaha untuk bilangan kerusi minimum.

Wee berkata parti berusia 74 tahun itu juga perlukan golongan muda sebagai pengganti parti bagi mengembalikan kekuatannya ke arah yang lebih baik.

“Kita sering mengatakan bahawa generasi muda kita adalah masa depan negara tetapi ia tidak boleh sekadar slogan. Kita memerlukan orang muda untuk menjadi pengganti kita dalam platform politik ini,” katanya.

Terdahulu, ahli parti itu turut bertafakur selama satu minit sempena pemergian Presiden keempat MCA Tan Sri Lee San Choon, semalam.

MCA, Wee Ka Siong, ulang tahun ke-74, pilihan raya negeri, pilihan

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
16 jam lalu· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
17 jam lalu· Politik
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
14 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
21 jam lalu · Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
24 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok