MB Selangor dabik dada, Hilman kata cermin diri

October 18, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Selangor menepis kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mendakwa prestasi ekonomi Selangor lebih baik selepas pendahulunya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan pentadbiran negeri.

Setiausahanya, Muhammad Hilman Idham menyifatkan Amiruddin terperangkap dalam bayangan prestasi kepimpinan sebelumnya hingga memaksa Naib Presiden PKR itu melakukan penjenamaan semula terhadap pelbagai program kebajikan rakyat bagi memadam rekod pentadbiran Azmin Ali.

“Wajarlah Amirudin Shari mencermin diri terlebih dahulu sebelum mendabik dada sebegitu. Sudah menjadi resam dalam kepimpinan Amirudin Shari untuk seringkali mengaburi mata rakyat agar teruja dengan angka-angka yang besar. Sikap ini menjadikan kepimpinan Negeri delusional dan tidak realistik dalam banyak perkara.

“Misalnya, matlamat Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk menyumbang 30% daripada KDNK negara. Sasaran ini sangat tidak realistik memandangkan Selangor perlu mencatatkan pertumbuhan secara Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) sekurang-kurangnya 9.5% setiap tahun khususnya dalam suasana ekonomi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hilman berkata pertumbuhan ekonomi di negeri Selangor meleset dari tahun ke tahun sejak 2018 lagi sehingga hari ini.

“Dakwaan prestasi ekonomi baik dengan semata-mata merujuk kepada angka sumbangan Negeri Selangor kepada KDNK negara adalah cubaan yang dangkal dan meleset.

“Hakikatnya, pertumbuhan Negeri Selangor meleset dari tahun ke tahun sejak 2018 sehingga lah hari ini biarpun sebelum berdepan pandemik.

“Pada tahun 2018, pertumbuhan ekonomi Selangor dicatatkan pada kadar 7.0%. Kadar pertumbuhan Selangor merosot kepada 6.8% pada tahun 2019 dan terus merosot akibat pandemik pada tahun 2020 pada kadar -5.2 dan hanya 5.0% pada 2021,” katanya.

Semalam, Amirudin menafikan kenyataan Azmin yang mendakwa prestasi negeri itu merosot di bawah pentadbirannya.

Kata Amirudin, sejak Azmin meninggalkan Selangor, prestasi ekonomi negeri itu terus menunjukkan peningkatan baik.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Zahid intai kerjasama, Azmin kata PN hanya fokus kempen untuk menang
November 6, 2022· Politik
Anwar membisu bila PH potong dana Bumiputera
November 1, 2022· Politik
Anwar lari ke Tambun takut ditolak pengundi Melayu, kata Azmin
October 27, 2022· Politik
Selangor tak bubar DUN, Pulau Pinang belum muktamadkan keputusan
October 11, 2022· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
33 minit lalu · Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu · Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
1 jam lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok