MB Selangor bidas orang kanan Anwar, cabar tunjuk bukti penipuan pemilihan

June 7, 2022 · Politik

Orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Gombak dibidas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kerana membuat tuduhan kononnya berlaku penipuan dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Amirudin yang juga Pengerusi PKR Selangor mencabar bekas pembantu Presiden PKR itu, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak supaya mengemukakan bukti dakwaan undi meragukan pada Pemilihan PKR 2022 baru-baru ini.

Menurutnya, Farhash perlu mengemukakan bukti kepada JPP supaya dakwaan yang dibuat itu berasas dan bukan sekadar propaganda.

“Farhash perlu buktikan, saya tak tahu kerana saya tak terlibat dalam teknikal dan jawatankuasa JPP

“Saya sah seorang yang bertanding, tidak adil untuk saya mengatakan teknikalnya betul atau tidak, ” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Farhash sebelum ini mendakwa proses undian PKR Gombak terdapat unsur meragukan.

Sementara itu, Amirudin yang menang kerusi Ketua Cabang Gombak berkata, beliau terkejut dengan kemenangan besar di peringkat cabang dan pusat.

“Ini menunjukkan bahawa kepercayaan orang Gombak lebih majoriti kepada saya,” katanya.

Terdahulu, Farhash yang kalah kepada Amirudin mempertikai percanggahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini dengan mendakwa ada undi yang “hilang” khususnya bagi jawatan timbalan presiden.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Buang pengkhianat dalam UMNO, sertai kempen ‘Asal bukan Zahid’
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
22 jam lalu · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
22 jam lalu · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
22 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok