MB Perak menghadap Sultan Nazrin Shah mohon bubar DUN esok

October 11, 2022 · Politik

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohammad akan menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, membuka jalan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Seperti kebanyakan negeri lain, penggal DUN Perak hanya akan tamat tahun depan, tetapi gabungan Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO menggesa semua kerajaan negeri di bawah pentadbirannya supaya memohon pembubaran bagi menyelaraskan PRN dan PRU.

“(Saya) akan berjumpa dengan DYMM Tuanku pada petang Rabu,” katanya menurut The New Straits Times hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu berkata DUN Perak hanya boleh dibubarkan sebaik sahaja Sultan Nazrin memberi perkenan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 bagi memberi laluan kepada pilihan raya awal, tanpa mempedulikan rayuan rakyat supaya tidak mengadakan PRU-15 tahun ini sebagai persiapan negara menghadapi banjir Monsun Timur Laut yang diramal bermula November ini hingga Mac tahun depan

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Saarani menjadi Menteri Besar Perak ke-14 pada 9 Disember 2020 berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu yang telah kehilangan undi percaya lima hari sebelumnya dalam DUN.

ADUN Chenderiang itu memenangi hanya 10 undi daripada 59 ADUN, dengan 48 menentang usul itu, dan seorang berkecuali.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
12 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
12 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok