MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM

November 25, 2022 · Politik

Datuk Seri Mohamad Hasan layak untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kerajaan baharu dipimpin Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata Mohamad atau Tok Mat itu yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) boleh diketengahkan selain Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi walaupun mengikut hierarki sepatutnya Presiden parti dilantik bagi jawatan nombor dua itu.

“Tok Mat adalah antara tokoh yang boleh UMNO ketengahkan (menjawat jawatan TPM), tapi kuasa pelantikan masih di bawah kuasa parti.

“Kita sedia maklum perkara pelantikan berkenaan adalah ketua parti yang menentukan siapa TPM  jika tempat itu diberikan kepada UMNO.

“Kita serahkan kepada parti, namun UMNO pun ramai calon yang berkelayakan. Tapi, secara peribadi sebagai orang Negeri Sembilan, sudah tentu sokong beliau (Tok Mat),” katanya dipetik laporan BH.

Anwar sekarang dalam dilema untuk memilih pembantunya dalam kerajaan kerana jika anak muridnya dipilih, ia bakal menimbulkan banyak kritikan ekoran kes mahkamah dihadapinya.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan akan melantik dua TPM dalam kerajaannya daripada BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas dilantik menjadi PM Ke-10.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok