Mazlan nafi akan keluar Bersatu, PRN Johor diadakan

January 8, 2022 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang menafikan beliau akan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menjadi ADUN Bebas.

“Setakat hari ini, saya masih ahli Bersatu dan Ketua Bahagian Bersatu Tebrau. Khabar angin memang macam-macam. Saya boleh ‘jadi apa saja’ dalam khabar angin itu,” katanya.

Beliau menafikan akan bertindak demikian bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan.

“Politik ini kita tidak tahu apa jadi akan datang. Hari ini jadi kawan, esok jadi musuh, yang musuh boleh jadi kawan. Dalam perlembagaan kita ada hak kebebasan untuk sertai apa juga parti selagi tiada perubahan dari segi undang-undang, kita bebas untuk sertai apa juga parti,” katanya, hari ini.

Terdahulu, desas desus Mazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri mahu mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas, bertiup kencang kebelakangan ini.

Khabar angin itu menjelma susulan timbul dakwaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mungkin dibubarkan bagi membolehkan kepada PRN diadakan dalam masa terdekat.

Mazlan turut menolak khabar angin PRN Johor akan diadakan dalam masa terdekat.

Susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, kerajaan Johor pimpinan UMNO yang disokong Bersatu dan PAS, kini hanya memiliki kelebihan satu kerusi, berbanding pembangkang.

Berdasarkan laman sesawang DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi, dengan UMNO menguasai 14 kerusi; MIC (dua); dan PAS (satu). Susulan kematian Osman jumlah kerusi dimiliki Bersatu kini sebanyak 11.

Sementara pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi; Amanah (sembilan) dan PKR (empat).

Kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sebagai Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, kini memiliki 28 kerusi DUN, manakala pembangkang pula 27 kerusi.

Mengulas lanjut Mazlan berkata beliau yakin tidak akan berlaku PRN dalam masa terdekat.

“Kita di Johor walau ada satu majoriti, keadaannya amat stabil kecuali ada hal luar jangKaan berlaku. Namun setakat ini dari segi keakraban dan juga perkongsian kuasa parti politik yang ada dalam kerajaan, kita tiada masalah untuk kekalkan kerajaan negeri.

“Apa yang baik di Johor ini kita dapat kerjasama yang baik dari pembangkang apatah lagi kita masih dalam pandemik Covid-19,” katanya.

Mazlan berkata, bencana banjir yang masih menjejaskan beberapa daerah di Johor juga tidak memungkinkan PRN diadakan dalam masa terdekat.

“Ini kerana sekolah di Johor yang akan dijadikan pusat mengundi masih ada yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS). Tak mungkin PRN dalam masa terdekat,” katanya.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023· Isu semasa
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
6 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
43 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok