Mat Sabu kata AMANAH, PH berdepan cabaran sukar PRU-15

September 17, 2022 · Politik

Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sabu mengakui gabungan itu dan partinya, Parti Amanah Negara (AMANAH), berdepan cabaran amat sukar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Keadaan itu berlaku disebabkan pelbagai masalah dalaman, katanya namun, tidak menyatakan sama ada ianya melibatkan pembahagian kerusi ‘boleh menang’ dalam kalangan parti komponen PH, yang dituntut sayap AMANAH iaitu Wanita dan Pemuda.

“Masih ada riak-riak dan gejala-gejala yang amat tidak saya senangi. Ketika berdepan PRU15 ini nanti, saya mahu ahli-ahli bersaing secara terbuka dan sihat, dalam rangka”perlumbaan yang baik”.

“Tidak wajar ia menjejas kelancaran dan kemajuan parti dan organisasi terutama dalam persiapan pilihan raya nanti,” katanya menurut Bernama ketika merasmikan Konvensyen Amanah Nasional 2022, di Seremban, hari ini (17 September 2022).

Pada sidang media kemudian, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata isu Wanita dan Pemuda parti itu yang mahu pucuk pimpinan mengutamakan kerusi gred A atau kerusi boleh menang diberikan kepada mereka, tidak timbul.

“Setakat ini, kita tidak meletakkan mana-mana kerusi sebagai gred A, B atau C dan sebagainya kerana kita belum dapat mengenal pasti trend pengundi ke arah mana pada pilihan raya akan datang.

“Tambahan pula, dalam kalangan kami yang senior ini pun sudah bertanding kali keempat, kelima baru menang,” katanya sambil menegaskan bahawa calon Wanita dan Pemuda akan diberi peluang pada PRU-15.

Presiden AMANAH yang mesra dengan panggilan ‘Mat Sabu’ bagaimanapun berkata pihaknya akan mempertimbangkan pandangan sayap parti itu.

“Kita akan menilai, mengkaji dan mempertimbangkan pandangan itu kerana apa yang penting untuk memastikan AMANAH bukan sahaja dapat mencapai prestasi yang baik pada PRU-15 nanti, malah membantu PH menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya,” katanya.

Semalam, Pemuda AMANAH mahu pucuk pimpinan parti mengutamakan kerusi gred A atau kerusi boleh menang diberikan kepada sayap itu pada PRU-15.

Ketuanya Mohd Hasbie Muda berkata sayap itu menuntut agar kerusi yang diagih perlulah setanding dengan kerusi yang diberikan kepada rakan parti lain, iaitu bersifat boleh menang.

Sementara itu, AMANAH menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya perlu dibuat hujung tahun ini selama 18 bulan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Mohd Hatta Ramli.

Dr Mohd Hatta berkata penangguhan tersebut membolehkan pemilihan parti berkenaan dilaksanakan selewat-lewatnya Jun 2024 dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memberi kebenaran bagi penangguhan itu.

Berita berkaitan
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
9 jam lalu· Politik
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
10 jam lalu· Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
14 jam lalu· Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022· Politik
Popular
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
September 26, 2022
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
September 26, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022
Lagi Politik terkini
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
5 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
19 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
September 25, 2022 · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022 · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
September 25, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok