Mat Sabu akui pengundi Melayu lari daripada PH kerana Anwar

November 27, 2021 · Politik

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang, banyak pengundi Melayu yang sudah melarikan diri daripada Pakatan Harapan (PH) dan ia terbukti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, kata Mohamad Sabu.

Presiden Amanah itu berkata kehilangan sokongan pengundi Melayu antara faktor utama kekalahan PH semasa PRN tempoh hari dan ia boleh dijadikan pengajaran buat mereka dan rakan parti lain mengukur sejauh mana sokongan rakyat terhadap mereka sebelum berdepan pilihan raya umum (PRU) selepas ini.

“Bagi Amanah, kita lihat hilangnya sokongan orang Melayu kepada PH (dalam PRN Melaka). Baguslah PRN Melaka itu dibuat, dapat kita mengukur keadaan sebenar. Oleh itu PH akan bermesyuarat Isnin ini bagi membincangkan hal ini.

“Yang utama sekali, kita kena banyakkan rakan berbanding lawan dan hilangkan persepsi negatif yang ditanam terhadap PH.

“(Persepsi) bukan betul pun, malah sekarang kita nampak PAS Kelantan sendiri pun mula sebut rasa nikmat di bawah kerajaan PH yang beri RM400 juta duit petroleum kepada Kelantan,” katanya dipetik laporan BH.

Mohamad terdahulu merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan Kali Keenam yang turut dihadiri Pengerusi Amanah Negeri, Muhammad Hussin, di Kota Bharu.

Berdasarkan pilihan raya itu, kata beliau, rakyat Malaysia masih mudah termakan dengan umpan perkauman dan perkara itu terus menjadi modal survival pihak yang mahu berkuasa atau mengambil alih kuasa.

BN memenangi 21 daripada 28 kerusi iaitu dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, menyaksikan tambahan lapan kerusi, berbanding 13 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU- 14).

Parti itu menewaskan PH yang hanya memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad turut menyeru Amanah dan PH negeri ini supaya bersiap sedia menghadapi PRU-15 tidak lama lagi, termasuk berunding dengan mana-mana pihak bagi mengukuhkan kedudukan di Kelantan.

“Tetapi kalau nak berunding dengan mana-mana pihak itu, biarlah ketiga-tiga parti iaitu Amanah, PKR dan DAP bersetuju bersama sebelum diputuskan di peringkat nasional. Adab berorganisasi begitulah,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan percaturan strategi Presiden PKR, Anwar yang menerima ‘katak berprinsip’ untuk diletak bertanding sebagai calon atas tiket gabungan itu juga menjadi punca utama ramai pengundi Melayu sudah tidak mempercayai blok pembangkang itu.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Kenapa DAP membisu sekarang? Adakah mereka sedang ‘bekerja’?
January 9, 2023
PRN: Manifesto PN hampir siap
July 15, 2023
Salahuddin yakin pengundi UMNO tiada masalah undi calon parti dalam PH
May 20, 2023
Tak dicalonkan, Tengku Zafrul disaran letak jawatan
July 23, 2023
Lagi Politik terkini
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok