Mat Maslan sokong cadangan Zahid wujudkan tiga jawatan TPM, tak membazir

October 24, 2022 · Politik

Cadangan untuk mewujdkan tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disokong Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu menyifatkan tawaran tiga jawatan kedua selepas Perdana Menteri itu tidak membazir seperti didakwa banyak pihak, malah lebih menjimatkan walaupun diramalkan tahun depan negara bakal berdepan krisis ekonomi yang semakin perlahan.

“Langkah melantik tiga wakil TPM bukanlah pembaziran, ia sebenarnya lebih menjimatkan.

“Kita boleh hentikan jawatan empat Menteri Kanan sebelum ini untuk digantikan dengan tiga TPM. Sudah pasti empat Menteri Kanan lebih besar peruntukan gaji dan elaun mereka berbanding tiga TPM.

“Jadi bagi saya, jawatan empat Menteri Kanan yang ditiadakan itu adalah pilihan terbaik, apatah lagi alternatifnya adalah tiga TPM.

“Sudah pasti tiga TPM itu dikhususkan tugasan mereka bagi masing-masing membantu Perdana Menteri di Sabah, Sarawak dan Semenanjung,” katanya dipetik laporan BH.

Semalam, media melaporkan Zahid berkata jaminan melantik wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung, mengisi jawatan TPM itu akan dimasukkan dalam manifesto BN sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Zahid dilaporkan berkata, jawatan tiga TPM itu akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU-15 nanti.

Selain Zahid, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membuat tawaran sama seperti anak muridnya kepada parti dari Borneo itu, tetapi menawarkan dua jawatan TPM sahaja bagi mewakili Sabah dan Sarawak jika menang PRU-15 nanti.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Chegu Bard serah bukti rumah, tanah dan kereta mewah PMX kepada SPRM
July 11, 2023
PH dan BN ditolak pengundi muda, terpaksa bergantung kepada undi bukan Islam: Hadi
January 6, 2023
UMNO kena terima Anwar jadi PM, kata DAP
May 4, 2021
Kerajaan tapi berperangai pembangkang : Gerakan
July 20, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023 · Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok