Mat Maslan sanggah Zahid, keputusan bertanding solo bukan keputusan parti

October 23, 2021 · Politik

Keputusan UMNO bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum muktamad, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun kenyataan Ahmad tersebut bertentangan dengan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mendakwa pendirian bertanding solo tanpa kerjasama PAS dan Bersatu diumumkannya adalah keputusan parti.

Jelasnya lagi, keputusa muktamad hanya akan diketahui pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti tersebut, minggu depan.

“UMNO belum pun memutuskan untuk bertanding bersendirian, yang diumumkan oleh Presiden adalah dengan Bersatu sebagaimana resolusi Perhimpunan Agung UMNO yang lalu tetapi dengan parti lain belum ada kata putus.

“Keputusan hanya akan dibuat pada mesyuarat MT UMNO pada minggu depan termasuk kerjasama dengan Muafakat Nasional (MN),” katanya menurut laporan sebuah portal.

Terdahulu Ahmad menghadiri Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Parlimen Pontian, di Stadium Mini Pontian.

Berhubung peluang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka sekiranya bertanding secara solo, Ahmad menaruh kepercayaan mereka akan mampu menang besar kerana rakyat Melaka tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu.

“Kami bukan bermaksud terlebih yakin, namun semua parti yang akan bertanding menaruh keyakinan untuk menang termasuk BN dan UMNO dan mengharapkan rakyat Melaka tidak mengulangi kesilapan lalu,” tegasnya.

Terdahulu, Zahid baru-baru ini berkata UMNO telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk PAS dan Gerakan, dalam mana-mana pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Tidak timbul isu UMNO cepat atau lambat membuat keputusan (untuk bekerjasama). Sebaliknya perkara itu sudah dimuktamadkan pada perhimpunan lalu yang memutuskan bahawa UMNO tidak pernah akan bekerjasama dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Noktah!,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata gabungan parti itu tidak boleh menunggu lama untuk mendapatkan keputusan kerjasama politik daripada UMNO untuk menghadapi PRN Melaka.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, PN yang menggabungkan Bersatu, PAS dan Gerakan bersedia untuk bertanding bersendirian sekiranya UMNO dan BN tidak memberi kata putus mengenai perkara itu.

Zahid juga mengulangi keyakinannya bahawa UMNO mempunyai potensi besar untuk memenangi PRN Melaka pada 20 November ini.

“Kita merasakan potensi itu (kemenangan) sangat besar berdasarkan kepada permasalahan pihak yang berada di sebelah sana (pembangkang) yang tentunya mempunyai isu tersendiri.

“Tetapi kemenangan kita bukannya menunggang permasalahan orang lain. Kita bersandarkan kebolehan UMNO untuk mentadbir semula kerajaan negeri,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok