Mat Maslan jawab kritikan isu payung, ‘tak sensitif apa?’

October 21, 2022 · Politik

Selepas menerima kritikan susulan kenyataan jika ‘hujan pakai payung’ baru-baru ini, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata rakyat tidak perlu sensitif dengan kenyataan dilontarkannya tersebut.

Setiausaha Agung UMNO itu sebelum ini menggesa orang ramai memakai payung jika hujan dan menjelaskan kenyataan tersebut dipolitikkan oleh pihak lawan walhal realitinya negara memang kerap hujan kerana iklimnya.

“Kalau hujan, pakailah payung. Saya sebut dengan dengan nada bersahaja begitu pun dipolitikkan.

“Saya ingin tambah, kalau panas pun pakailah payung. Kalau redup, pakai topi, memadai. Kemudian kalau hujan itu boleh pakai payung, boleh pakai baju hujan.

“Lepas itu mereka kata saya tidak sensitif. Tak sensitif apa? Malaysia ini bila tak hujannya? Esok mungkin hujan, lusa tidak, tulat mungkin hujan. Semalam mungkin hujan, hari ini tidak,” katanya lagi semasa wawancara yang disiarkan Utusan Online semalam.

Jelasnya, nasihat tersebut dibuat dengan ikhlas dan tidak bertujuan untuk membuat sindiran kepada mana-mana pihak.

Terdahulu, semasa wawancara dengan Astro Awani, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu berkata pengundi masih perlu keluar mengundi meskipun cuaca mendung.

Kenyataan itu dikeluarkannya ketika ditengah-tengah kebimbangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada musim tengkujuh.

Menjawab soalan mengenai kesan iklim terhadap peratusan keluar mengundi, Ahmad berkata hujan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak mengundi.

“Bukan ada rusuhan pun, tak pernah ada rusuhan sepanjang 14 kali PRU diadakan di Malaysia, aman damai sahaja.

“Kalau hujan, pakailah payung. Jadi pada saya, mereka perlu keluar mengundi,” katanya dipetik laporan.

Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu bagi memberi laluan PRU-15 diadakan pada 19 November depan walaupun menerima bantahan daripada banyak pihak kerana negara dijangka berdepan banjir pada hujung tahun kebiasaannya.

Namun, perkara itu tidak diendahkan Ismail Sabri susulan tekanan yang diberikan terhadapnya oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bertegas PRU-15 perlu diadakan juga secara pada tahun ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok