Mat Maslan dakwa kenyataan palsu Zahid dicalon jadi PM selepas keputusan mahkamah

September 25, 2022 · Politik

UMNO mendakwa satu kenyataan tular kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicalonkan sebagai Perdana Menteri (PM) adalah palsu, menurut Datuk Seri Ahmad Maslan.

Terdahulu, tular dalam media sosial berhubung satu kenyataan UMNO mengumumkan Presiden UMNO itu sebagai calon PM pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) susulan keputusan kes mahkamah yang dimenanginya pada Jumaat lalu.

“Mudah sahaja untuk mengetahui benar atau tidak ia kenyataan daripada saya, semak semua saluran media sosial saya iaitu Twitter, Facebook, Instagram dan TikTok.

“Jika tiada ia palsu,” ciap Setiausaha Agung UMNO itu dalam akaun Twitter.

Dalam kenyataan media palsu yang kononnya dibuat Ahmad atau Mat Maslan itu, kenyataan itu mendakwa Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat pada 30 September depan untuk membincangkan cadangan mengangkat Zahid sebagai PM daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.

Keputusan itu diambil susulan pembebasan Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berkait Visa Luar Negara.

Zahid dibebaskan daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk melanjutkan kontrak sistem VLN. Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap Zahid.

Zahid, 69, didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi menteri dalam negeri, untuk menyambung kontrak firma itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Zahid juga didakwa atas tujuh lagi tuduhan memperoleh untuk dirinya SGD1.15 juta; RM3 juta; 15,000 franc Swiss; dan USD15,000 daripada syarikat sama berkaitan dengan tugas rasminya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok