Mat Hasan nak jadi PM, pentingkan agenda peribadi sebab itu desak PRU awal

March 17, 2022 · Politik

Bercita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri menjadi punca Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan terburu-buru menggesa supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Pemimpin veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz membidas Mohamad yang membuat gesaan supaya PRU-15 disegerakan semasa ucapan perasmian sayap UMNO semalam dengan menyifatkannya sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan soal rakyat yang sudah dibebani pelbagai kesempitan hidup ketika ini.

“Kalau kita buat macam itu (bubarkan Parlimen), kita dilihat mementingkan parti, bukan rakyat. Nampak sangat masa ini dia (Mohamad) hanya fikirkan diri dia.

“Dia hendak tanding Parlimen, kalau menang dia jadi perdana menteri, itu kepentingan dia,” katanya dipetik laporan portal.

Nazri berkata UMNO jangan terlalu yakin mampu menang besar seperti yang berlaku di Melaka dan Johor sebelum ini kerana jika berlaku pertembungan satu lawan satu dengan pembangkang ia pasti akan sukar buat mereka untuk mengulangi pencapaian sama pada PRU-15 nanti.

“Mereka sudah tahu kalau dia (pembangkang) berpecah akan kalah, maka lepas ini mereka akan duduk berbincang dan bahagikan kerusi betul-betul, seperti yang dibuat pada PRU14.

“Kalau bertembung one-on-one, kita (Barisan Nasional) akan kalah,” katanya.

Semalam, Mohamad dalam ucapannya dengan penuh yakin berkata UMNO akan kembali berkuasa dan kembali menjadi dominan sekiranya PRU-15, ia mengambilkira keputusan PRN Melaka, Sarawak dan Johor yang menyaksikan pembangkang kalah teruk.

Menguatkan hujah UMNO semakin kuat, Mohamad juga berkata semua parti lain kini berada dalam keadaan lemah dan tidak sekuat mereka, ia sekaligus memberi keyakinan untuk merampas semua kerusi yang mereka tewas semasa PRU-14 lalu.

“PKR kalah semua kerusi yang mereka tandingi di (Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan memenangi hanya satu kerusi di (PRN) Johor. DAP kehilangan banyak kerusi di Melaka dan kalah hampir semua kerusi ditandingi di Sarawak. Di Johor pula, mereka hanya memenangi 10 daripada 14 kerusi.

“Perikatan Nasional (PN) pula dalam semua PRN, hanya bergantung kepada jentera PAS dan tidak menjadi pesaing handal lagi digeruni. Di Johor, PN sudah kita jinakkan dengan hanya menang tiga kerusi,” katanya semasa berucap di PWTC semalam.

Ujarnya lagi, UMNO perlu mengambil kesempatan daripada perpecahan parti pembangkang yang tidak ada persefahaman dan langkah mengadakan PRU-15 lebih awal akan memberikan banyak kelebihan kepada mereka.

“Semua berlumba dengan cita-cita sendiri. Semua ghairah bertanding tanpa mengukur keupayaan sebenar. Ada yang tidak punya ‘struktur’.

“Hanya berpaut pada seorang dua personaliti, itu pun tanpa pengalaman. Tanpa kesatuan, mereka tidak boleh mengalahkan kita. Ketidaksepaduan pembangkang adalah strategik kepada UMNO,” katanya lagi.

Mohamad menegaskan UMNO tidak boleh menunggu lebih lama untuk mengadakan PRU-15 kerana ia kelak akan menyebabkan kemarahan rakyat semakin membuak-buak.

“Keempat, prestasi sebagai kerajaan sangat bergantung kepada pelbagai faktor dalam dan luaran. Dengan memuncaknya krisis Ukraine dan Russia, tergugatnya ‘Europe security order’, ketidakpastian mengenai kemungkinan adanya ancaman pandemik baru, ketegangan hubungan Amerika Syarikat (AS) dan China serta pembukaan perlahan sempadan sehingga menjejaskan ‘global supply chain’, prestasi ekonomi Malaysia sangat terdedah kepada semua kegawatan ini.

“Harga barang juga semakin naik mendadak, tidak terkawal dan tidak masuk akal. Kemarahan rakyat membuak-buak. Semakin lama dibiarkan, semakin ramai yang akan mengkambinghitamkan UMNO dan BN,” katanya lagi.

Menyedari kemenangan bergaya UMNO dalam beberapa siri PRN yang diadakan, Mohamad berkata momentum perlu diteruskan dan yakin kemenangan besar bakal memihak kepada mereka.

“Apakah dengan menangguhkan PRU, BN akan berada dalam keadaan yang lebih selesa untuk menang? Jika demikian, apakah rumus untuk perkara sedemikian berlaku?.

“Momentum apa lagi BN perlu tunggu untuk menghadapi pilihan raya apabila ‘the feel-good feeling’ terhadap kerajaan waktu ini sudah mula beransur pudar? Apakah jaminan CSA dan MOU yang kita meterai sekarang ini akan terus bertahan dalam keadaan politik yang sangat dinamik ini?” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad tidak menyentuh berhubung kos untuk mengadakan PRU-15 yang dijangka menelan ratusan juta duit rakyat yang terpaksa digunakan demi semata-mata kepentingan politik kumpulan tertentu.

Untuk rekod, pada PRU-14 sebanyak RM500 juta dibelanjakan dan dianggarkan sekiranya PRU mengejut diadakan berkemungkinan ia akan menelan kos sebanyak RM1.2 bilion.

Peningkatan kos mengadakan PRU-15 berbanding sebelum ini sememangnya sudah dijangka, ia mengambilkira pertambahan pengundi baharu dan juga disebabkan kos prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipraktikkan pada musim pandemik Covid-19 ketika ini.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok