Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal

July 2, 2022 · Politik

UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu juga berkata cakap-cakap segelintir individu yang bertentangan dengan dasar itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai pandangan parti UMNO mahupun BN, ia selepas pendedahan bekas ahli Majlis Tertinggi yang dipecat, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa jawatan PM kepada Ismail Sabri hanya umpan supaya PRU-15 disegerakan.

Beliau juga menegaskan tiada pihak dalam UMNO dan BN yang menyerang kepimpinan Ismail Sabri sebagai PM, malah parti memberikan sokongan kepada Ismail Sabri dengan penuh ikhlas.

“Kita memperakui baru-baru ini Perdana Menteri (Ismail Sabri) merupakan calon ‘poster boy’ (Perdana Menteri) kita menghadapi pilihan raya (PRU15), ini jelas menunjukkan keikhlasan parti untuk kita pastikan ketenangan dalam parti itu dapat kita capai sebelum kita hadapi pilihan raya.

“Tetapi cakap-cakap satu, dua orang itu tidak boleh dijadikan sebagai dasar parti ya, dasar parti jelas memperakukan ‘poster boy’ kita adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Sabah di sini hari ini, lapor Bernama.

Beliau diminta mengulas ucapan Ismail Sabri pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah malam tadi yang menekankan perpaduan dalam parti selain mengingatkan bahawa beliau PM daripada BN justeru tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan BN.

Mohamad berkata apa yang penting dalam UMNO dan BN adalah memupuk perpaduan dan kesepakatan dalam parti itu yang perlu serta amat penting ketika parti menghadapi PRU-15.

“Lagipun kita memang menjadikan kestabilan itu sebagai kita (BN) punya tagline iaitu kestabilan demi kemakmuran,” katanya.

Berita berkaitan
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
3 jam lalu· Isu semasa
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
22 jam lalu· Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
23 jam lalu· Politik
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
August 9, 2022· Politik
Popular
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
3 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
16 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
16 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
23 jam lalu · Politik
UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok