Mat Hasan kata tiada MP BN yang terlibat mahu jatuhkan kerajaan

May 2, 2023 · Politik

Barisan Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat Ahli Parlimen (MP) dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Terdahulu, beberapa MP UMNO-BN sudah dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar pendirian parti dan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hala tuju yang sedang dibawa oleh pemimpin atasan parti itu.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN tidak akan memporak-perandakan kerajaan sedia ada kerana ia telah berjanji untuk membentuk kerajaan yang stabil serta diperlukan bagi menguruskan negara, dan kerajaan ketika ini ditubuhkan atas dasar kerjasama pelbagai parti.

“Untuk menumbangkan kerajaan sekarang saya rasa agak sukar kerana Akta Anti Lompat Parti telah berkuat kuasa dan mana-mana Ahli Parlimen yang mahu menyokong parti lain perlu meletakkan jawatan dan diadakan pilihan raya kecil.

“Kerajaan kini juga mempunyai majoriti yang agak besar sebanyak 148,” katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman yang mendakwa Perikatan Nasional telah mendapat sokongan 126 Ahli Parlimen.

Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, turut menyuarakan komitmen penuh BN dalam memastikan kerajaan ketika ini berada dalam keadaan stabil dan kuat.

Beliau berkata negara telah ketinggalan hampir lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 kerana kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai majoriti yang kuat.

“Sekarang kita telah mempunyai kerajaan yang mempunyai majoriti yang kuat dan kita perlu berusaha duduk bersama untuk menguruskan negara.

“Pada 14 Mei ini, kita akan ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan untuk melihat sejauh mana dan bagaimana janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 dapat ditunaikan kepada rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
4 jam lalu· Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
4 jam lalu· Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
8 jam lalu· Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
8 jam lalu· Politik
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
9 jam lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
11 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
12 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
12 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok