Mat Hasan beri amaran pecat ADUN UMNO jatuhkan kerajaan Melaka

October 2, 2021 · Politik

UMNO tidak teragak-agak memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang terlibat menjatuhkan kerajaan Melaka sedia ada, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO menegaskan tindakan itu akan diambil sekiranya tumbang kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berpunca daripada pembelotan wakil rakyat parti tersebut.

“Jika didapati ada ADUN UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang melakukan kerja itu dan boleh meruntuhkan kerajaan, maka secara automatik keahliannya akan tergugur.

“Itu sajalah bagi pihak parti. Saya berharap wakil rakyat, ketua menteri dan speaker dapat memainkan peranan,” kata dipetik laporan.

Terdahulu, timbul spekulasi mendakwa Kerajaan Melaka diterajui UMNO bakal tumbang selepas dikatakan empat ADUN kerajaan akan melompat menyertai Pakatan Harapan (PH).

Malah, didakwa keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Selain itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohidee menegaskan tidak terlibat dalam gerakan yang didakwa dirancang boleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menjatuhkan Sulaiman.

“Saya berharap, segala kemelut politik yang dicetuskan dapat dihentikan dengan segera demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Melaka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau yang juga ADUN Paya Rumput berkata, sepatutnya fokus pada ketika ini adalah tertumpu kepada usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi susulan pandemik Covid-19.

“Saya berpendapat, segala fokus ketika ini harus tertumpu kepada usaha pemulihan negara dan negeri Melaka terutamanya kesihatan serta ekonomi rakyat,” katanya.

Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pembangkang pula 11.

Berita berkaitan
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
2 jam lalu· Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
5 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
6 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
11 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
Peja sahkan tidak tanding PRN
58 minit lalu · Politik
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
5 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
8 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
10 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok