Maszlee belum diputuskan calon MB, PH belum bincang: Anwar

February 5, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) belum membuat sebarang perbincangan mengenai calon Menteri Besar, sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR itu berkata apa yang lebih penting pada masa ini adalah untuk membincangkan soal memastikan kemenangan PH pada pilihan raya itu, menurut laporan Bernama.

“Soal calon (untuk bertanding) pun belum putus…calon-calon setakat ini orang Johor dan yang ada keluarga di Johor, saya pun ada keluarga di Johor…tapi saya tidak (bertanding),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Jentera Angkatan Muda Keadilan (AMK) PRN Johor hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin mengenai kemungkinan PH akan meletakkan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, yang juga bekas Menteri Pendidikan sebagai calon Menteri Besar Johor.

Ditanya mengenai kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Anwar berkata rundingan kerjasama itu kini dibuat di peringkat kepimpinan negeri dan setakat ini MUDA belum memberitahu jumlah kerusi yang dimahukan.

Semalam, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata perbincangan dan rundingan antara MUDA dengan PH berhubung kerjasama dalam PRN Johor, disifatkan berjalan lancar.

Sementara itu pada majlis berasingan, Anwar berkata rakyat seharusnya menolak wakil rakyat yang melompat parti dan menyifatkan golongan itu sebagai pengkhianat parti.

“Masa berkempen orang bekerja (jentera) setengah mati dan tiada bayaran, tetapi apabila menang, dia senang, dia khianat… jangan maafkan orang begini.

“Khianat kepada parti ini boleh sampai menyebabkan jatuh kerajaan.

“Sebab itu kita harus teliti betul-betul orang yang kita rasa yakin, setia dengan perjuangan parti dan berprinsip, ini maruah dan integriti serta nilai etika (yang) kita tidak boleh ketepikan,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, di sini hari ini.

Berita berkaitan
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
4 jam lalu· Politik
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
11 jam lalu· Politik
Siasat Dr M guna Seksyen 124B tidak demokratik : Afif
June 3, 2023· Politik
Akrab dengan Zahid, Anwar diibarat bergayut di ranting yang patah
June 3, 2023· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
52 minit lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
1 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
1 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu · Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok