Masyarakat Cina sokong PN selepas kecewa PH terima kluster mahkamah

January 22, 2023 · Politik

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) kekal yakin ‘gelombang hijau’ akan berterusan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan di enam negeri, tidak lama lagi, tatkala masyarakat bukan Melayu semakin menyokong gabungan itu.

Malah, sokongan terhadap PN selepas Pilihan Raya Umum (PRU-15) pada November tahun lalu, terus meningkat susulan perkembangan politik semasa yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata so­kongan terhadap PN semakin meningkat, termasuk dalam kalangan masyarakat Cina selain orang Melayu, dan pengun­di muda dijangka kekal bersama gabungan itu.

Menurutnya sokongan masyarakat Ci­na terhadap PN selepas mereka kecewa terhadap PH yang sebelum ini berdegar-degar menentang ra­suah, namun kini bekerjasama de­ngan pemimpin yang terkait de­ngan isu berkenaan.

Katanya, keputusan UMNO tidak mempertanding dua jawatan tertinggi parti itu dalam pemilihan akan datang, turut memberi kelebihan kepada PN selepas akar umbinya dilihat tidak berpuas hati dengan langkah tersebut.

“Insya-Allah momentum so­kongan itu dapat dikekalkan menjelang PRN dijangka dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Gelombang sokongan terhadap PN mencapai kemuncak pada PRU-15 lalu, apabila BN dan UMNO kalah teruk, kali pertama dalam sejarah parti itu sejak merdeka.

Bagaimanapun, susulan ketiadaan parti yang mendapat majoriti mudah bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan, UMNO yang hanya mempunyai 26 kerusi Parlimen, memberi sokongan dan bekerjasama dengan PH, dengan beberapa pemimpinnya dilantik menjadi menteri.

Persetujuan PH bekerjasama dengan BN dan UMNO mencetuskan rasa tidak senang pemimpin parti komponennya, selain penyokongnya menolak langkah bekerjasama dengan parti yang terlibat dengan rasuah.

Mengulas lanjut, Hashim yakin PN yang berjaya merampas Perlis daripada UMNO pada PRU-15 lalu, juga akan mampu mengambil-alih pentadbiran kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan, selain kekal di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Insya-Allah gelombang PN akan berterusan sehingga PRN termasuk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Selain mengekalkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, kita yakin mampu menawan Sela­ngor dan Negeri Sembilan daripada PH.

“Untuk merealisasikan hasrat itu, kita akan terus bekerja keras dan selebihnya terserah kepada ketentuan Allah SWT. Rakyat sekarang semakin faham dan terus bersama PN,” katanya menurut Utusan.

Sebelum ini, Timbalan Pre­siden PKR, Rafizi Ramli menjangkakan Selangor akan kekal menjadi milik PH pada PRN akan datang berdasarkan pene­rimaan baik pengundi PH pada idea kerajaan PH-Barisan Nasional (PH-BN).

Rafizi dilaporkan berkata, ber­dasarkan data yang sedia ada dan akan ditambah baik pada enam bulan mendatang mendapati kerajaan PH Sela­ngor mampu mengekalkan kemenangan 40 kerusi sedia ada dan berkemungkinan boleh me­menangi 45 hingga 47 kerusi DUN daripada 56 kerusi keseluruhan.

Dalam PRU-15, PN berjaya men­cetus gelombang apabila memenangi 73 kerusi Parlimen dan daripada jumlah itu, PAS memenangi sebanyak 43 kerusi Parlimen manakala Bersatu 30 kerusi.

Daripada hanya 18 kerusi pada PRU-14, PAS kini memiliki 43 kerusi Parlimen iaitu yang terbanyak oleh satu-satu parti di Parlimen pada PRU-15.

PAS bukan hanya memiliki kerusi terbanyak di Parlimen malah menguasai empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Di tiga negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Terengganu, Pas sebagai teraju utama PN menyapu bersih semua kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Berita berkaitan
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
5 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
5 jam lalu· Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
11 jam lalu· Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
11 jam lalu· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
3 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
11 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
15 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
16 jam lalu · Politik
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok