Masuk bertanding PRU-15, rakyat percaya Zahid jadi PM bukan Ismail Sabri

October 25, 2022 · Politik

Minggu lepas sebuah portal berita mengeluarkan satu artikel berbahasa Melayu memetik sumber kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mustahil Zahid seorang Presiden UMNO yang berkuasa menandatangani watikah calon akan menarik diri daripada bertanding PRU-15, tidak faham mengapa secara tiba-tiba tidak ada angin ribut laporan media itu mendakwa anak murid Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menarik diri.

Tidak masuk akal juga Zahid selepas berjaya mendesak Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen awal bagi PRU-15 diadakan secara tiba-tiba menarik brek dan tidak bertanding kerana perlawanan kali ini ibarat hidup mati buat dirinya kerana jika kalah sudah pasti bahana lebih besar akan dihadapinya.

Zahid juga menjawab sebelum ini susulan laporan berbentuk spekulasi tersebut dengan menjelaskan setakat ini masih tidak ada niat untuk menarik diri bertanding pada PRU-15, ia sekaligus mematikan khabar angin yang cuba dimainkan oleh musuh dalam partinya sendiri.

Menurut laporan tersebut, niat untuk Zahid menarik diri itu bertujuan bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang selesa pada PRU-15 kerana jika beliau bertanding dijangkakan sokongan rakyat akan merosot.

Faktor sokongan rakyat akan merosot adalah disebabkan Zahid terpalit dengan kes mahkamah dan kenyataannya sebelum ini semasa Perhimpunan MIC sebelum ini memberi imejk buruk kepada UMNO.

Kenyataan Zahid itu tular dan dijadikan modal politik oleh musuhnya kerana ia secara tidak langsung menunjukkan langkah mendesak mengadakan PRU-15 lebih awal adalah disebabkan masing-masing mahu melepaskan diri daripada kes mahkamah dan jenayah dihadapi pemimpin atasan parti itu.

Malah, laporan dalaman pihak atasan juga mendapati sokongan rakyat kepada UMNO dan BN merosot mendadak selepas kenyataan Zahid tersebut, jadi tekanan mula dirasai jentera parti ekoran kenyataan kontroversi tersebut.

Terdapat juga pemimpin UMNO yang mempertikaikan kenyataan Zahid tersebut yang dikeluarkan ketika PRU-15 bakal bermula tidak lama lagi.

Selain itu, kenyataan Zahid yang dilihat mendahului Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi BN dilihat seakan-akan cuba menunjukkan kuasa yang dipegang oleh Pengerusi BN tersebut.

Untuk rekod, walaupun Ismail Sabri sekarang masih PM kerajaan sementara, namun kuasa untuk menentukan calon dan menandatangani watikah masih berada pada tangan Zahid. Itu antara satu lagi alasan tidak munasabah kononnya Zahid bakal berundur dan memberi laluan kepada calon lain untuk bertanding pada PRU-15 kali ini.

Lebih menarik, spekulasi mengatakan Zahid akan menarik diri daripada bertanding itu sengaja dikeluarkan oleh media selepas hampir semua UMNO Bahagian mengeluarkan usul menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai calon PM jika menang PRU-15 nanti.

Semasa mesyuarat UMNO Bahagian minggu lepas, kebanyakkan ketetapan dan usul diputuskan adalah mengekalkan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ BN dan juga kekal sebagai calon PM.

Perkembangan tersebut sudah pastinya menyebabkan Zahid kurang senang kerana ia juga menunjukkan secara jelas akar umbi UMNO sudah tidak lagi menyokong Presiden mereka itu atau dalam erti kata lain hilang kepercayaan.

Walaupun Zahid sebelum ini berjaya mengadakan himpunan raksasa dengan penyokong UMNO dikerah untuk menghadirinya bagi mendesak Parlimen dibubarkan lebih awal, namun keputusan semasa Mesyuarat Bahagian baru-baru ini sebaliknya yang berlaku apabila tidak ada satu pun bahagian mencalonkannya sebagai PM Ke-10.

Keputusan dibuat oleh UMNO Bahagian itu juga sebenarnya ada referendum akar umbi menolak Zahid sebagai calon PM-10, sedar atau tidak sedar, Zahid sebenarnya sudah masuk perangkap diri sendiri kerana mendesak PRU-15 disegerakan tahun ini juga.

Zahid mungkin menyangkakan semasa Mesyuarat Bahagian berlangsung, sekurang-kurangnya terdapat satu atau dua bahagian yang mencalonkan namanya sebagai PM-10, namun sebaliknya kecewa apabila tidak ada satu yang memetik namanya untuk diangkat sebagai ketua kerajaan nanti.

Perkara yang patut dibimbangkan Zahid sebenarnya selepas PRU-15 kerana jika UMNO-BN berjaya menang dengan bergaya, sudah pasti pengaruhnya dikalangan akar umbi juga akan bakal berdepan defisit.

Sudah pastinya kredit akan diberikan kepada Ismail Sabri kerana berjaya mengemudi parti dengan baik sehingga berjaya mendapat sokongan rakyat.

Namun, selagi Zahid masih mengekalkan hasratnya untuk bertanding, selagi itu juga rakyat mempercayai calon PM-10 selepas ini adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dan bukannya Ahli Parlimen Bera.

Jika rakyat mempercayai Zahid bakal menjadi PM-10, ia sebenarnya juga berisiko kepada UMNO-BN kerana ia mungkin akan menyebabkan rakyat tidak menyokong dan mengundi dacing pada PRU-15 nanti.

Oleh sebab itu, tidak hairan terdapat gerakan dalam UMNO sendiri yang mahu Zahid menarik diri daripada bertanding bagi memastikan UMNO-BN mendapat kemenangan yang selesa sekurang-kurangnya dua pertiga majoriti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
9 jam lalu· Politik
Tan Sri Muhyiddin seleweng 600 bilion?
December 4, 2022· Rencana
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok