Masih berunding dengan Zahid dan UMNO, rakan parti PH mula tak percaya Anwar

December 5, 2021 · Politik

Parti komponen Pakatan Harapan (PH), DAP dan Amanah difahamkan sudah hilang kepercayaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa masih berunding dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga UMNO.

Pucuk pimpinan DAP dan Amanah sekali lagi sudah menghidu gerakan politik yang masih dirancang oleh Anwar bersama Zahid, nasihat cuba diberikan kepada Presiden PKR supaya berhenti daripada terus menjalinkan pakatan sulit tetapi nampaknya beliau masih berdegil dan percayakan kepada Presiden UMNO tersebut.

Difahamkan, pucuk pimpinan DAP dan Amanah sudah tidak tahan lagi dengan sikap Anwar yang berlembut terhadap Zahid dan UMNO, malah mereka sudah melihat Anwar menjadi liabiliti kepada gabungan pembangkang tersebut, ia terbukti dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lepas.

Susulan itu, gabungan itu tidak mahu membiarkan Anwar terus menjadi punca kekalahan dalam PRN Sarawak dan mengambil langkah segera mematikan langkah beliau yang cuba memonopoli pembahagian kerusi bagi PKR di negeri tersebut.

Baru-baru ini, DAP Sarawak membidas Anwar supaya tidak memandai dan membuat keputusan mengikut sesuka hatinya dalam isu agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mereka kononnya sebagai tidak sah.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Cheng Jien membidas Anwar dan juga PKR Sarawak supaya memberi fokus penuh kepada 47 kerusi yang akan mereka tandingi di bawah persetujuan bersama dan berusaha memenangi sebanyak mungkin kerusi.

Anwar akhirnya terpaksa tunduk bagi mengelak terus diberi tekanan DAP dan Amanah yang sudah tidak dapat menahan karenahnya lagi.

Bagaimanapun, Agenda Daily difahamkan Anwar yang sudah tersepit dan bila-bila masa boleh ditendang sebagai calon Perdana Menteri (PM) mewakili blok pembangkang, sudah mengatur langkah dan berunding dengan Zahid dan UMNO lebih awal.

Malah delegasi pemimpin kanan PKR sudah dihantar Anwar bertemu Zahid sebaik kekalahan PKR dan PH dalam PRN Melaka yang menyaksikan Anwar dihentam teruk DAP dan Amanah.

Anwar bijak mengatur langkah awal berunding dengan Zahid dan UMNO untuk memastikan cita-citanya menjadi PM tercapai walaupun sebelum ini sudah ditipu oleh Zahid yang tidak menunaikan janji untuk menyokongnya tetapi sebaliknya memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tetapi terdapat syarat yang diletak Zahid kepada Anwar, iaitu memastikan Amanah juga mengikut dan bersetuju bersama-sama PKR bagi menjalinkan kerjasama rapat.

Oleh itu, tidak hairan secara tiba-tiba muncul cadangan penggabungan PKR dan Amanah yang tidak pernah menjadi topik perbincangan antara kedua-dua parti itu.

Cuma Anwar sahaja yang dilihat teruja dengan idea penggabungan tersebut walhal ia adalah syarat yang diletak UMNO untuk memerangkap Anwar dan PKR sekali lagi tetapi tidak disedarinya.

Adakah idea penggabungan itu muncul secara tiba-tiba? Ia sebenarnya tidak, ia adalah antara syarat diletak Zahid dan UMNO kepada Anwar.

Anwar kini cuba memujuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu untuk bersetuju dalam kerjasama dengan UMNO. Ia suatu yang mustahil dan pasti mengundang satu lagi bala kepada PH yang sudahpun ditolak rakyat dan hilang kepercayaan orang ramai.

Mat Sabu bukan seorang yang bodoh dan tidak boleh menilai strategi Anwar yang hanya akan merugikan parti tersebut, malah DAP juga sudah tidak selesa dengan Anwar yang membuat strategi politik bukan-bukan yang hanya menguntungkan dirinya tetapi bukan PH secara kolektifnya.

DAP dan Amanah boleh terus mengikut telunjuk Anwar dan dicucuk hidung demi memuaskan nafsu cita-cita peribadinya atau mencari alternatif lain sekiranya tidak mahu ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Masih belum terlambat, jadikan pengajaran PRN Melaka sebagai kayu pengukur sejauh mana rakyat sudah muak dan menyampah dengan permainan politik Anwar yang hanya akan mengakibatkan PH akan tersungkur dengan lebih teruk selepas ini.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok