Masa mengundi dilanjut sejam

October 4, 2022 · Politik

Bagi memudahkan rakyat Malaysia melaksanakan hak mereka dalam proses pengundian dan meningkatkan peratusan keluar mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melanjutkan masa mengundi selama sejam.

Sehubungan itu, tempoh masa proses pembuangan undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dilanjutkan sejam bagi Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Bagi Semenanjung, waktu mengundi ditetapkan ialah bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat belau berkata langkah itu adalah antara beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan SPR bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisyen, adil dan telus.

Wan Junaidi berkata, pemanjangan tempoh masa berkenaan, berbanding jam 8 pagi hingga 5 petang pada PRU-14, dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk mengundi.

Beliau memaklumkan, penambahbaikan lain termasuk mewujudkan saluran khusus kepada pengundi 60 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU).

“Saluran satu dan dua di pusat mengundi adalah dihadkan kepada 450 orang pemilih saja dan adalah saluran khusus kepada pengundi 60 tahun ke atas serta OKU.

“Selain itu, berikutan pelaksanaan undi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik, SPR juga mengambil inisiatif untuk menambah jumlah pusat mengundi dan saluran sedia ada, bertujuan mengelakkan kesesakan di pusat mengundi,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) yang bertanya mengenai penambahbaikan yang akan dilaksanakan SPR bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi, selain jaminan ketelusan proses mengundi pada PRU-15.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata beberapa syarat untuk pengundi pos luar negara juga telah dimansuhkan.

Ini termasuk:

i. Pengundi yang menetap di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan

ii. Pengundi yang telah berada di Malaysia atau pulang ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri, yang berkuat kuasa.

Wan Junaidi berkata pemansuhan syarat ini membolehkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara yang merupakan pengundi berdaftar dan layak memohon sebagai pengundi pos.

Selain itu, beliau berkata permohonan undi pos bagi kategori 1B dan 1C kini boleh dibuat secara dalam talian apabila permohonan dibuka.

“SPR dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis memandang serius kesalahan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas tempoh berkempen oleh mana-mana parti atau mana-mana calon.

“Sebarang aduan kesalahan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang dibuat hendaklah dikemukakan kepada SPRM dan polis untuk tindakan susulan.”

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
24 jam lalu· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Perikatan Nasional kekal jadi semak dan imbang kepada kerajaan: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
29 minit lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok