Masa kecederaan: Zahid terpaksa tunduk, ‘nama besar’ naik semula

November 1, 2022 · Politik

Bagi beberapa nama besar dalam UMNO yang dikatakan tidak disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ianya belum berakhir, selagi pengumuman rasmi belum dibuat, yang dijadualkan malam ini.

Ini kerana dalam perkembangan terbaharu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terpaksa tunduk kepada tekanan pemimpin yang tidak disenaraikan itu.

‘Ianya belum berakhir selagi tidak berakhir’ mungkin berlaku dengan beberapa nama yang kononnya berada dalam senarai penyingkiran oleh Zahid, tetapi terpaksa dimasukkannya semula.

Sumber yang rapat dengan UMNO berkata senarai akhir mungkin ‘memasukkan semula’ beberapa calon yang awalnya telah digugurkan, setelah Zahid tunduk kepada desakan pihak tertentu.

“Nama seperti Datuk Seri Shahidan Kassim mungkin dimasukkan semula,” kata sumber itu merujuk kepada tindakan penyandang kerusi Parlimen Arau berkenaan yang mengarahkan semua bilik gerakan pilihan raya di kawasan itu ditutup sejak malam tadi.

Dalam kenyataan di Facebooknya malam tadi, Shahidan menulis: “Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah.”

Kenyataan itu sekali gus menandakan beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam kerajaan sementara sekarang ini, tidak tersenarai sebagai calon.

Susulan itu, sehingga pagi tadi, petugas BN Parlimen Arau telah mula menurunkan bendera parti di kawasan mereka sebagai bantahan kerana nama Shahidan tersenarai sebagai pemimpin yang digugurkan.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, Shahidan memberitahu akhbar The Star bahawa kesedihannya itu disebabkan penutupan bilik gerakan yang kemudiannya dikatakan hanya untuk dua hari sahaja.

Dia juga berkata bahawa dia akan kembali ke Arau untuk membuka semula bilik gerakan itu.

“Ia tidak ditutup secara kekal, cuma saya sedih melihat ia ditutup sejak dua hari lalu, kini saya akan kembali membukanya semula.

“Bilik gerakan Arau adalah yang pertama dibuka, dan untuk menjalankannya, anda memerlukan wang. Itulah sebabnya saya rasa ia ditutup mungkin oleh beberapa pemuda yang berada di sana,” katanya.

Sementara itu, sumber lain juga memberitahu bahawa penyandang kerusi Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba, yang merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Ketua UMNO Bahagian Tenggara, mungkin disenaraikan semula.

Terdahulu, senarai nama calon yang tidak terpilih telah bocor di media sosial, namun sumber itu menjelaskan ada kemungkinan Dr Adham akan tersenarai semula.

“Anda perlu tunggu sehingga pengumuman malam ini. Beberapa nama mungkin tidak digugurkan sebagaimana dalam senarai itu,” kata sumber berkenaan dipetik The Star.

Sebelum ini, senarai yang bocor itu menyatakan lima menteri, tiga timbalan menteri dan seorang veteran UMNO, tidak terpilih.

Mereka ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor (P095 Tanjung Karang), dan Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia – P026 Ketereh).

Senarai itu juga mengandungi nama Shahidan; Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – P155 Tenggara); dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara – P156 Kota Tinggi).

Tiga timbalan menteri pula ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin (Komunikasi dan Multimedia – P001 Padang Besar); Datuk Mastura Mohd Yazid (Jabatan Perdana Menteri [Tugas-Tugas Khas] – P067 Kuala Kangsar); dan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Perumahan dan Kerajaan Tempatan – P086 Maran).

Dua lagi yang berada dalam senarai itu ialah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (penyandang kerusi P073 Pasir Salak); dan Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Pengerusi Risda – P127 Jempol).

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok