Mas Ermieyati tawar lima teras manifesto Parlimen Masjid Tanah

November 13, 2022 · Politik

Selain PN BEST yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran oleh Perikatan Nasional, calon gabungan parti itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menawarkan juga lima teras manifesto tersendiri bagi kawasan Parlimen ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Masjid Tanah, Melaka.

Berucap melancarkan lima teras manifesto untuk Parlimen Masjid Tanah di Bilik Gerakan Perikatan Nasional Masjid Tanah malam tadi, Mas Ermieyati berikrar melaksanakan lima teras itu jika menang PRU yang akan berlangsung 19 November ini.

Lima teras manifesto itu merangkumi aspek pendidikan; belia dan anak muda; peluang ekonomi dan keusahawanan; kesejahteraan dan kebajikan; serta infrastruktur kampung dan ameniti awam bagi memajukan kawasan Parlimen diwakilinya.

“Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi menawarkan lima teras itu sebagai perkara utama akan saya laksanakan jika dipilih mewakili rakyat Masjid Tanah pada 19 November ini,” katanya.

Mas Ermieyati bakal ditentang calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid; Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang) dan Mutalib Uthman (PH-MUDA).

Menurutnya beliau turut bercadang menyediakan pusat tuisyen khusus untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) khusus untuk pelajar keluarga B40 dan M40.

“Kami mahu mewujudkan akademi kecemerlangan anak Masjid Tanah, pusat sukan elektronik untuk anak muda mengasah bakat dalam bidang e-sukan dan akademi kecemerlangan dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) untuk belia serta anak muda,” katanya.

Beliau berkata, turut dijanjikan adalah peluang ekonomi dan keusahawanan bagi memperkasa agenda ekonomi digital, menyediakan pusat pengumpulan dan pemasaran produk kraftangan, hasil pertanian dan produk perusahaan kecil dan sederhana.

Bagi meningkatkan infrastruktur kampung dan ameniti awam, beliau bercadang menaik taraf prasarana pelancongan, terutama di pantai peranginan Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
13 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok