Mas Ermieyati sedia pertahan Parlimen Masjid Tanah

October 12, 2022 · Politik

Bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah daripada Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bersedia mempertahankan kerusi itu, berdepan mana-mana calon daripada parti lain sekiranya pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) memberikan mandat kepadanya.

Beliau berkata, meskipun setakat ini Bersatu belum membuat sebarang keputusan berhubung calon-calon yang diputuskan, namun pimpinan parti telah memberi bayangan bahawa ahli parlimen parti akan dicalonkan semula di kerusi sedia ada.

“Dengan kudrat yang ada, saya akan sedaya upaya cuba untuk menawan hati pengundi termasuk merancang strategi dan siap siaga mengharungi Pilihan Raya Umum (PRU) dalam musim banjir.

“Sesiapa pun yang dicalonkan mana-mana pihak tidak semestinya Barisan Nasional (BN) sahaja, dari mana-mana parti kita bersedia hadapi, buat persiapan, dapatkan sokongan dan sebagainya,” katanya.

Mas Ermieyati yang juga Naib Ketua Srikandi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Masjid Tanah di Masjid Tanah hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, gerak kerja dan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh empat tahun setengah sebagai wakil rakyat Bersatu akan menjadi kayu ukur sokongan pengundi.

“Walau apa pun pasang surut berlaku dalam politik tanah air, tapi saya tidak pernah tinggalkan tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah.

“Saya kira itu menjadi rekod pencapaian saya kalau diberi kepercayaan pucuk pimpinan untuk saya berada lagi di Masjid Tanah,” kata beliau lagi.

Menurutnya PRU akan datang ini memperlihatkan pertambahan pengundi dalam Parlimen itu dari lebih 50,000 pengundi kepada 69,098 pengundi manakala pengundi muda bawah 40 tahun kira-kira 51 peratus.

“Jadi banyak isu-isu yang menghimpit mereka terutama sekali isu ekonomi, pekerjaan dan isu-isu sosial.

“Kita perlu tengok bagaimana untuk kita atasi masalah ini dan selari dengan gerak kerja apa yang telah saya lakukan sepanjang jadi Ahli Parlimen,” katanya. – BeritaBersatu

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
42 minit lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
4 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
4 jam lalu · Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok