Mas Ermieyati mahu semua rakyat di Melaka ada makanan atas meja

November 19, 2021 · Politik

Menyedari kesempitan hidup yang dihadapi rakyat semasa berdepan cabaran pandemik Covid-19, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mahu memastikan setiap rakyat di Melaka memiliki makanan terhidang atas meja dan tidak mahu melihat orang ramai susah.

Calon Ketua Menteri (KM) Melaka Perikatan Nasional (PN) itu berkata tidak mahu melihat orang ramai di Melaka tercicir berada dalam kesusahan dan meletak sasaran untuk memajukan pelbagai sektor ekonomi terutama perindustrian dengan menarik pelaburan tempatan dan asing.

Mas Ermieyati yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara berkata tidak akan mengetepikan sumbangan belia dalam memajukan ekonomi negeri kerana mereka adalah penggerak utama pembangunan ekonomi terutama dalam sektor industri perkilangan.

“Saya seorang ibu yang dapat melihat bagaimana pandemik menghimpit ekonomi keluarga sedangkan yang paling penting ketika pandemik ialah kita ingin melihat makanan di atas meja.

“Jika saya menjadi Ketua Menteri, saya akan majukan ekonomi dalam pelbagai sektor, termasuk pelancongan,” katanya pada sidang media malam ini di Bilik Gerakan PN Tanjung Bidara di Kampung Padang Kemunting di sini malam ini.

Beliau berkata, pencalonannya sebagai Ketua Menteri memberikan kelebihan kepadanya untuk berhadapan dengan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Mas Ermieyati berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin itu.

“Datuk Rafiq adalah pemimpin yang bertanggunghawab menjadikan PN seperti yang ada pada hari ini dan tanpa beliau, PN tidak akan mencapai tahap yang membanggakan seperti sekarang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, daripada keseluruhan 10,133 pengundi di Tanjung Bidara, 52 peratus terdiri wanita dan berharap mendapat sokongan padu daripada golongan itu sambil tidak mengabaikan 48 peratus pengundi lelaki.

“Saya juga berharap jentera pilihan raya PN supaya melipatgandakan usaha bagi memastikan segala perancangan parti untuk melicinkan proses pengundian Sabtu ini,” katanya.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dengan mengesahkan Mas Ermieyati akan dilantik sebagai pemimpin nombor satu negeri Melaka.

Pengumuman tersebut juga mendekatkan beliau untuk menjadi Ketua Menteri wanita pertama di Malaysia.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
24 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Baiknya ultra kiasu, mereka dapat terima ‘madani’, sindir Ridhuan Tee
January 23, 2023
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok