Mas Ermieyati calon Ketua Menteri bagi PN

Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai calon Ketua Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) jika berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Pengumuman pencalonan tersebut diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dengan mengesahkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu akan dilantik sebagai pemimpin nombor satu negeri Melaka.

Pengumuman tersebut juga mendekatkan beliau untuk menjadi Ketua Menteri wanita pertama di Malaysia.

Mas Ermieyati yang berdepan dengan pertembungan tiga penjuru melawan Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mewakili Barisan Nasional (BN) dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Tanjung Bidara.

Untuk rekod, Mas Ermiyeati juga merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah wanita pertama dari Melaka.

Beliau pada ketika ini merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

PN bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka pada PRN kali ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR