Manifesto PRU-15 PN inklusif untuk semua kaum

September 10, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) telah menubuhkan satu jawatankuasa manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang memberi fokus kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kandungan manifesto itu adalah inklusif untuk semua kaum.

“Perikatan Nasional telah menubuhkan jawatankuasa manifesto yang dipengerusikan Datuk Dr Radzi Jidin dan dianggotai oleh wakil-wakil parti komponen PN.

“Manifesto ini memberi fokus bukan sahaja kepada kestabilan politik tetapi juga kepada pembangunan ekonomi dengan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan Persidangan Cawangan Srikandi dan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan di Desa Tunas Hijau di Labuan, hari ini.

Hamzah berkata jawatankuasa itu akan memastikan setiap kandungan dalam manifesto yang bakal dibentangkan sebelum PRU-15 dapat dicapai.

Mengenai persaingan antara Bersatu dan UMNO untuk menarik pengundi Melayu dalam PRU-15, beliau berkata Bersatu kini semakin diterima rakyat seluruh negara khususnya di Labuan dengan melihat ramai bekas ahli UMNO menyertai parti itu.

Hamzah berkata sejak Bersatu ditubuhkan enam tahun lepas, seramai lebih 600,000 telah berdaftar menjadi ahli.

“Kita akan berusaha memastikan Bersatu melahirkan ramai pemimpin unggul yang boleh datangnya dari Labuan dan negeri-negeri lain untuk membantu memimpin kerajaan,” katanya.

Seterusnya Hamzah mengumumkan peruntukan RM50,000 bagi tujuan urus tadbir bahagian dan cawangan Bersatu Labuan dan 300 bakul makanan setiap bulan kepada keluarga memerlukan di pulau bebas cukai ini. – Bernama

Berita berkaitan
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Krisis KM Melaka: Sulaiman menangis tapi tak sedih lepas kerusi
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
3 jam lalu · Politik
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
14 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
15 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok