Manifesto PN tidak janji bintang, matahari macam kerajaan sebelum ini

October 28, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tidak menyajikan manifesto pilihan raya yang menjanjikan perkara tidak masuk akal seperti dijaja parti-parti lain sebelum ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN berpegang kepada konsep integriti dan amanah di mana apa yang mereka janjikan bakal ditunaikan sebaik memegang tampuk pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

“Saya cadangkan kepada pengerusi yang buat manifesto, Datuk Radzi Jidin supaya maklumkan bahawa apa yang kita buat (manifesto) ini bukan sebagai satu tawaran sahaja. Kita akan bentuk jawatankuasa bebas terdiri daripada mereka yang faham tentang pengurusan dan kewangan negara untuk duduk, teliti apa yang telah dan akan kita buat. Memenuhi apa yang telah kita janjikan dalam manifesto.

“Itu boleh meyakinkan rakyat bahawa kita ini bukan buat main-main, tawar bintang, matahari tapi kita tak buat seperti dijanjikan kerajaan dahulu. Janji nak buat sejuta rumah, tak buat. Janji bantuan itu ini…saya tak boleh buat cara begitu. itu tidak amanah. Kita PN berpegang kepada konsep integriti, amanah itu pening untuk kita laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pengundi di Pagoh, hari ini (28 Oktober 2022).

Menurutnya, PN akan melancarkan manifesto mereka pada awal bulan depan selepas hari penamaan calon, 5 November ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjanjikan untuk mengembalikan moratorium bagi membantu rakyat untuk mempunyai aliran tunai untuk menjalani kehidupan sekaligus memulihkan ekonomi negara.

“Sekarang ini pihak SME Association rayu seboleh mungkin supaya diberi sekali lagi pusingan moratarium. Saya jangka moratarium ini boleh kita buat kerana kalau Kementerian Kewangan dulu boleh buat, minta Bank Negara mengarahkan bank-bank di negara kita memberikan moratorium. Bank tidak menanggung rugi sebaliknya menambah keuntungan sebab moratorium ini hanya tangguhkan hutang.

“Bila ekonomi dah pulih mereka bayar balik. Itu tidak melibatkan wang kerajaan. Jadi ekonomi boleh cepat pulih. Yang ini perdana menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) tidak bersetuju dulu. Tak buat pun. Salau saya, semalam saya dah buat dah,” katanya.

Beliau turut mengulang komitmen gabungannya untuk meneruskan Bajet 2023 yang dibentangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri di Parlimen namun tidak sempat dibahas dan diluluskan.

“Malahan kita akan meneliti balik perkara itu dan menambahbaik (Bajet 2023) jika ada keperluan. Antara langkah penting ialah bagaimana nak membantu nasib golongan-golongan yang rentan terkesan akibat Covid-19 di mana jumlah paras kemiskinan meningkat daripada 40 peratus kepada 60 peratus.

“Selepas menghadapi Covid-19, perniagaan tidak dibuka sepenuhnya, ramai tidak bekerja, pendapatan merosot dan perniagaan tidak bagus jadi (menyebabkan) kadar kemiskinan itu meningkat,” katanya.

Beliau turut menyeru pengundi agar keluar membuang undi pada 19 Noveber depan dan menyokong PN.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
46 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok