Manifesto PN Perak tanpa UMNO

April 2, 2021 · Politik

UMNO terus menerima tamparan apabila hari ini, parti itu dipinggirkan daripada turut serta di dalam jawatankuasa menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Perak oleh PAS dan Bersatu.

Sebaliknya, kedua-dua parti itu kini bukan sahaja sudah mengenal pasti kerusi-kerusi yang berpotensi untuk ditandingi, malah sudah membentuk jawatankuasa manifesto PN Perak, tanpa UMNO.

Pengumuman itu dibuat dalam kenyataan bersama Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, hari ini.

“Tanpa memberi fokus kepada keputusan parti lain, kami bersependapat untuk terus melangkah bersama demi perpaduan, kestabilan politik dan kepentingan agama Islam, bangsa dan negara,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, Bersatu dan PAS Perak memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan seluruh barisan Kabinet beliau.

“Kami juga akan terus mendukung kerajaan negeri Perak, tidak terlalu berpolitik dan akan menitikberatkan perkhidmatan kepada rakyat yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kami berharap semua pihak dapat memelihara perpaduan yang terjalin dengan menjaga sensitiviti sesama sendiri terutama sekali ketika mengeluarkan pandangan, kenyataan dan ucapan,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
4 jam lalu· Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
4 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
8 jam lalu· Isu semasa
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
9 jam lalu· Politik
Popular
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
5 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
12 jam lalu · Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
12 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
14 jam lalu · Politik
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
3 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok