Manifesto Perikatan Nasional boleh dilaksana, bukan janji kosong

November 6, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan segala tawaran yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) PN, boleh dilaksanakan dan bukannya janji kosong.

Beliau turut memberi contoh ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini langkah yang diambil bagi membantu rakyat dan sektor ekonomi, yang tidak menjadi manifesto apabila kerajaan PN mengambil alih mentadbir negara.

“Ada orang bertanya saya bolehkah kita buat? Saya jawab boleh kenapa… kerana kita ada pengalaman. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya mempengerusikan Majlis Pekerjaan Negara.

“Berapa lama saya jadi perdana menteri? Tak lama. Kita tetapkan sasaran untuk mewujudkan sejumlah 500,000 peluang pekerjaan baharu untuk tahun 2021.

“Alhamdulillah pada akhir tahun 2021 sebanyak 558,000 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan iaitu melebihi daripada sasaran asal.

“Saya percaya jika Perikatan Nasional diberikan mandat oleh rakyat, kita boleh buat… dan kita akan buat dengan cara yang lebih. Baik lagi, insya-Allah,” katanya berucap melancarkan PN BEST bertemakan “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” atau ‘PN BEST’ yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran, di Shah Alam, malam ini (6 November 2022).

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh negara ramai rakyat yang hilang pekerjaan dan pada ketika itu beliau berfikir bahawa perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku.

Oleh itu, katanya Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu menyediakan dana berjumlah RM20.2 bilion dalam bentuk subsidi upah dan dana itu disalurkan kepada majikan-majikan supaya mereka dapat terus membayar gaji pekerja dan mengekalkan pekerja walaupun perniagaan mereka terpaksa ditutup.

“Dengan inisiatif ini, Kerajaan Perikatan telah berjaya menyelamatkan lebih 163,000 syarikat dan tiga juta pekerjaan.

“Bayangkan jika tiga juta pekerja hilang pekerjaan? Apa jadi kepada mereka dan keluarga mereka? Bolehkah mereka menyara hidup keluarga jika kehilangan sumber pendapatan? Jawapannya tentu sekali sukar.

“Jadi, dengan inisiatif subsidi upah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional, ratusan ribu syarikat mendapat manfaat, jutaan pekerjaan dapat diselamatkan, dan jutaan ahli keluarga ada makanan di atas meja,” katanya.

Berita berkaitan
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023· Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Polis akan panggil penganjur himpunan Selamatkan Malaysia desak dakwa Zahid
September 16, 2023· Isu semasa
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
3 jam lalu · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
3 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
September 23, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok