Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim

December 8, 2022 · Politik

DAP nampaknya sudah menyokong cara UMNO berkempen dalam pilihan raya selepas bersama membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dakwa PAS.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membidas pemimpin DAP yang sebelum ini menentang kleptokrasi tetapi sekarang sudah diam membisu walaupun secara terang UMNO-BN berkempen dengan memberi habuan kepada pengundi khususnya di Tioman baru-baru ini.

“Ia jelas salah guna kuasa yang dilakukan pemerintah.

“Rakyat juga ingin melihat suara lantang pimpinan DAP selama ini yang menentang kleptokrasi, rasuah dan penyelewengan.

“Kalau benar mereka menentang, DAP mesti tegas menarik sokongan mereka dengan apa yang berlaku,” katanya dipetik laporan BH.

Tuan Ibrahim membangkitkan berhubung tawaran ‘habuan’ yang digunakan dalam kempen di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman apabila secara terang-terangan berlaku rasuah politik, seperti pemberian geran tanah dan projek segera kepada pengundi.

Tuan Ibrahim berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang kononnya berjuang ke arah sistem pilihan raya adil, menutup mulut apabila parti yang disokong mereka berbuat demikian, tetapi bising jika parti melakukannya.

Beliau turut menggesa  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tanggungjawab dengan peratusan mengundi yang rendah khususnya di Tioman, kerana pengundian dibuat pada hari bekerja.

“Sebahagian pekerja tidak dapat cuti dan jarak jauh yang tidak memungkinkan mereka balik mengundi,” katanya lagi.

Selain itu, Tuan Ibrahim berkata keputusan pilihan raya di Parlimen Padang Serai dan Tioman semalam adalah isyarat jelas diberikan rakyat yang tidak menyokong tindakan dibuat pimpinan BN serta PH.

“Kita yakin momentum ini akan terus meningkat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok