Mana MP UMNO, BN sembunyi selepas tular konon surat Zahid?

November 23, 2022 · Politik

Pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, terus berdiam diri susulan tular surat yang didakwa dihantar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong mengatakan 30 ahli Parlimen (MP) BN menyokong Pakatan Harapan.

Surat itu yang turut didedahkan oleh bekas Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya hari ini, mendakwa Zahid memberitahu Agong semua 30 MP BN menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (PM).

Dalam surat itu, Zahid didakwa memberitahu Yang di-Pertuan Agong bahawa Dewan Tertinggi Barisan Nasional Malaysia yang dipengerusikannya sendiri pada 22 November 2022, memutuskan serta mempersetujui untuk menjalin kerjasama dan sokongan kepada Pakatan Harapan dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan pasca PRU-15.

Zahid – dalam surat yang tular itu – turut didakwa mengatakan apa-apa dokumen bertulis sama ada dalam bentuk surat atau akuan oleh mana-mana 30 ahli Dewan Rakyat BN atau daripada parti komponen yang menamakan selain Anwar adalah tidak sah dan tidak patut dipertimbangkan.

Terdahulu, pagi tadi Zahid bersama Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menghadap Yang di-Pertuan Agong. Laporan juga mengatakan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, turut hadir.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan semua 30 ahli Parlimen BN menghadap kerana baginda mahu bertemu secara individu berkaitan sokongan yang diberikan kepada dua calon Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar.

Bagaimanapun, tidak pasti kenapa 27 lagi ahli Parlimen BN tidak hadir, namun terdahulu malam tadi Dewan Tertinggi BN dilaporkan telah meminta penangguhan pertemuan dengan Agong.

Selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN, malam tadi, beberapa pemimpinnya memberitahu rakyat bahawa BN kekal dengan pendirian tidak menyokong mana-mana parti dalam pembentukan kerajaan.

Tetapi, pagi ini Zahid bersama dua pemimpin BN menghadap Yang di-Pertuan Agong, sebelum surat yang dikatakan dipersembahkan kepada Agong mula tular di media sosial.

Sementara itu, sehingga kini semua MP BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein, tidak memberi apa-apa komen berhubung perkara itu.

Kedua-dua mereka sebelum ini mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong PH, dan sanggup dipecat parti.

Ismail Sabri dalam kenyataan di FB beliau jam 2 petang semalam berkata:

“Seperti yang saya janjikan semalam bahawa saya tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) walau apa yang jadi sekalipun. Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional telah buat keputusan bahawa kita tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan. BN tidak menyokong Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional. Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.”

Hishammuddin pula dalam kenyataan di FB beliau pada jam 11.21 pagi Isnin lalu berkata:

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan.”

Bagaimanapun, Ismail Sabri dan Hishammuddin tidak membuat apa-apa komen sama ada benar atau tidak mereka telah bersetuju menyokong PH dan Anwar sebagaimana dalam surat didakwa diserahkan Zahid kepada Agong.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
10 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok